UNIT KAWALAN INFEKSI

PENGENALAN

Unit Kawalan lnfeksi (UKl) Hospital Rembau merupakan sebuah unit perkhidmatan sokongan untuk mengurangkan kes Healthcare Associated Infection (HCAI) serta melaksanakan Antimicrobial Stewardship (AMS) program di Hospital Rembau.
Healthcare Associated infection (HCAl) adalah satu masalah yang amat serius dan mampu mengakibatkan kesengsaraan dan kematian kepada pesakit, sekaligus meningkatkan kos hospital dari segi kakitangan dan peralatan serta ubatan. Pemantauan terhadap kes-kes HCAI yang berterusan & penggunaan antibiotik adalah amalan pencegahan dan kawalan oleh Unit Kawalan lnfeksi supaya kes - kes tidak menjadi wabak dan lebih serius.


VISI & MISI

VISI
Menjadikan Hospital Rembau sebagai sebuah hospital yang selamat daripada penyebaran penyakit berjangkit dan juga mengamalkan penggunaan antibiotik yang optimum.

MISI
Senantiasa berusaha untuk meningkatkan taraf kualiti kawalan infeksi di Hospital Rembau agar keselamatan para pesakit & petugas terjaga dengan baik.
OBJEKTIF

  1. Meningkatkan kualiti dan menguatkuasakan polisi dan garis panduan kawalan infeksi bagi mengekang penyebaran wabak atau penyakit berjangkit di dalam kalangan petugas dan pesakit Hospital Rembau.
  2. Memperkasakan ilmu dan kemahiran berkaitan dengan kawalan infeksi dengan mengadakan latihan dan pembelajaran yang berterusan di kalangan petugas Hospital Rembau.
  3. Meningkatkan kualiti pantauan berkaitan dengan kawalan infeksi supaya dapat mengekang penularan wabak atau penyakit berjangkit. 
  4. Memastikan segala dokumentasi berkaitan dengan kawalan infeksi berada di tahap yang cemerlang dan relevan pada setiap waktu.
  5. Bekerjasama dengan semua pihak bagi mencapai tahap kawalan infeksi yang cemerlang.
  6. Mengkaji dan merumus segala perkara yang berkaitan dengan kawalan infeksi bagi meningkatkan tahap penjagaan penyebaran wabak atau penyakit  berjangkit di dalam kalangan petugas dan pesakit.
SKOP PERKHIDMATAN

  1. Melaksanakan Surveillance & Audit dari KKM & JKNS:
    1. Sharp Injury Surveillance.
    2. Point Prevalence Survey Healthcare Associated Infection (PSS-HCAI).
    3. Point Prevalence Survey Bloodstream Infection (PSS-BSI).
    4. Alert Organism Surveillance (MDRO, MRSAB, CRE).
    5. Disinfection Surveillance.
    6. Personal Protective Equipment (PPE) Doffing Surveillance & Audit.
    7. Hospital Associated Covid-19 (HA-COVID-19) Surveillance.
    8. Infection Prevention & Control (IPC) Audit.
    9. Disease Control & Prevention (CDC) Surveillance & Notification.
    10. Hand Hygiene (HH) Surveillance & Audit.
    11. Central Venous Catheter (CVC) Care Bundle Surveillance.
    12. Hand Hygiene Self-Assessment Survey Framework (HHSAF) & Infection Prevention and Control Self-Assessment Survey Framework (IPCAF) Audit.
  2. Membangunkan, melaksanakan dan memantau kepatuhan polisi dan garis panduan kawalan infeksi.
  3. Bertindak sebagai penasihat kepada petugas hospital Rembau di dalam isu kawalan jangkitan hospital.
  4. Membangunkan dan melaksanakan Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik (JKKIA) & Antimicrobial Stewardship Program (AMS)
  5. Memberikan pendidikan kesihatan kepada anggota hospital Rembau secara formal dan tidak formal.
  6. Memantau Standard Operation Procedure (SOP) seluruh hospital.
CARTA ORGANISASI
Image