PENGENALAN
Klinik Pakar adalah klinik yang diwujudkan di Hospital Pakar Minor dengan tujuan untuk memudahkan pesakit mendapatkan pemeriksaan Pakar dan memudahkan Pegawai Perubatan membuat rujukan. Perkhidmatan Klinik Pakar adalah mengikut jadual yang ditetapkan dan pesakit akan diberi tarikh janjitemu. Jadual lawatan disediakan oleh Pakar samaada 1 kali sebulan,2 kali sebulan atau 3 kali sebulan.
VISI & MISI
VISI
Memastikan pelanggan memperolehi taraf kesihatan yang optima melalui aktiviti :
- Kesihatan diri
- Pencegahan penyakit berjangkit
- Pentadbiran kesihatan
- Makmal pesakit luar
- Farmasi
- > Ujian radiologi
- > Ujian Ekokardiografi,Ujian Stress,Ujian Holter,Ujian Abpm,Ujian Spirometri,Ujian pendengaran,Ujian FEES (ujian menelan) dan Ujian ultrasound.
- Promosi kesihatan
MISI
- Meningkatkan pengetahuan kesihatan dikalangan masyarakat keseluruhannya supaya cara perubatan moden mendapat tempat di dalam kehidupan mereka.
- Memberikan rawatan dan penjagaan yang optima kepada pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik Pakar.
- Menjalankan prosedur-prosedur tertentu secara efektif pada masa dan tarikh yang di tetapkan dan memastikan pesakit mendapat perawatan yang sepatutnya
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan secara professional,selamat,mesra dan penyayang serta berkualiti.
1.Perkhidmatan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada pesakit kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.
2.Setiap pesakit akan diberikan rawatan yang berkualiti.
3.Setiap pesakit akan diberikan penerangan dengan jelas sebelum dan selepas tatacara dilakukan.
4.Melaksanakan pemeriksaan dan rawatan dalam tempoh 60 minit selepas pendaftaran dalam keadaan biasa dan 120 minit dalam kesesakan luar biasa.
5.Maklumat akan diberikan kepada pesakit berkenaan dengan penyakit dan perawatan.
6.Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah terjamin.
7.Kemudahan dan persekitaran yang berkualiti,selesa dan selamat disediakan.
SKOP PERKHIDMATAN
Menerima kes yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan mengikut temujanji untuk pemeriksaan, siasatan makmal, rawatan serta rujukan ke lain institusi. Lawatan Pakar adalah didatangkan dari Hospital Tuanku Ja’afar Seremban mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Terdapat pelbagai disiplin di Klinik Lawatan Pakar iaitu:
- Klinik Pakar Perubatan Am (Pakar Residensi)
- Klinik Lawatan Pakar Perubatan Respiratori
- Klinik Dada (Tibi)
- Klinik Respiratori
- Klinik Lawatan Pakar Pediatrik
- Klinik Lawatan Pakar Perubatan Rehabilitasi
- Klinik Strok
- Klinik general rehab
- Klinik Spasticity
- Klinik Terapi Pertuturan (Strok rehab)
- Klinik Lawatan Pakar Oftalmologi
- Klinik Lawatan Pakar Otorhinolaryngology (ORL)
- Obstructive Sleep Apnea (OSA)
- Klinik Audiologi
- Klinik Terapi Pertuturan (ENT)
- Klinik Lawatan Pakar Obsetrik & Ginekologi
- Klinik Lawatan Pakar Psikiatri dan Kesihatan Mental
- Klinik Lawatan Pakar Perubatan Nefrologi
- Klinik Pakar Pembedahan Am (SOPD) – Pakar Residensi
- Klinik Lawatan Pakar Pembedahan (AVF)
- Klinik Lawatan Pakar Ortopedik
- Klinik Dietetik
- Klinik Berhenti Merokok
Lain-lain perkhidmatan dan prosedur yang disediakan
- Ujian Exercise Stress (EST)
- Ujian Echocardiography
- Ujian Holter/Kad Rhythm
- Ujian Spirometri
- Ujian Ambulatori tekanan darah (ABPM)
- Ujian pendengaran dewasa
- Ujian pendengaran bayi
- Ujian skop menelan pesakit strok (FEES)
- Ujian skop untuk hidung, telinga dan tekak
- Pengambilan darah ( untuk temujanji klinik pakar sahaja)
CARTA ORGANISASI
