UNIT KUALITI

PENGENALAN
Unit Kualiti Hospital Rembau diwujudkan pada tahun Jun 2021 yang terletak bersebelahan dengan Unit Kawalan Infeksi Hospital Rembau. Ia berfungsi sebagai sumber rujukan dan simpanan maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti hospital yang di jalankan di Hospital Rembau. Unit Kualiti terdiri dari seorang Pegawai Perubatan (Ketua Unit) dan dibantu oleh dua orang Ketua Jururawat yang dilantik oleh Pengarah Hospital untuk memantau perlaksanaan setiap aktiviti kualiti yang dijalankan di hospital berkenaan bagi proses penghantaran setiap laporan yang disarankan oleh jabatan dan kementerian.

Kewujudan unit ini adalah bertujuan untukmelicinkan lagi penyelenggaraan serta perlaksanaan aktiviti-aktiviti kualiti yang berdasarkan arahan kerajaan dan kementerian untuk peningkatan serta keberkesanan di dalam perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan hospital sejajar dengan saranan Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pekeliling Bil (35) dlm KKM bertarikh 30hb Januari 2002 dimana setiap hospital utama dikehendaki menubuhkan Unit Sokongan Sekretariat Kualiti.

Unit ini bertanggungjawab sebagai urusetia bagi program kualiti di peringkat hospital. Unit ini melaksanakan pelbagai program peningkatan kualiti di hospital seperti Program Quality Assurance/ Quality Improvement termasuklah Hospital Specific Approach (HSA) dan National Indicator Approach (NIA). Di antara aktiviti-aktiviti yang dipantau adalah NIA/KPI, HPIA, Incident Reporting, POMR/PNMR, OSHA, Patient Safety GoalsPatient Satisfaction, Infection Control, CME, CNE, Credentialing dan Privileging, MS ISO/ Akreditasi, Pengurusan Aduan dan lain-lain aktiviti yang berkaitan.
OBJEKTIF

  • Memastikan semua aktiviti kualiti yang merangkumi aktiviti peningkatan kualiti KKM dijalankan dan dipantau dengan sempurna.
  • Menyelaras sistem dokumentasi bagi semua aktiviti-aktivit peningkatan kualiti.
  • Menganalisa pencapaian semua aktivit peningkatan kualiti mengikut standard yang ditetapkan dan dihasilkan dalam masa setahun.
  • Menjadi sumber rujukan dan simpanan maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti hospital.
VISI & MISI

VISI
Unit Kualiti menjadi pemangkin kepada Gerakan pembudayaan kualiti Hospital Rembau.

MISI
Memberi kesedaran kepada semua warga kerja Hospital Rembau bahawa sistem kerja yang berkualiti adalah kunci kepada kejayaan organisasi dengan memastikan pembudayaan kualiti yang berterusan.
SKOP PERKHIDMATAN
Unit Kualiti menyediakan perkhidmatan seperti:
  1. Mengawasi perlaksanaan dan memantau semua aktiviti peningkatan kualiti seperti yang ditetapkan oleh KKM.
  2. Mengenalpasti dan menganalisa pencapaian semua aktiviti peningkatan kualiti melalui laporan “shortfall in quality” dan tindakan penambahbaikan yang telah diambil.
  3. Menjadi sumber rujukan dalam memberi maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti dalam hospital.
  4. Mengumpul data aktiviti peningkatan kualiti untuk dianalisa dan menyediakan laporan.
  5. Menyebarkan maklumat berkaitan aktiviti peningkatan kualiti.
  6. Merancang dan melatih anggota hospital dalam perlaksanaan aktiviti kualiti.
  7. Mengendalikan dan mengurus urusan serta aktiviti berkaitan pengauditan dan servei yang dijalankan samada dalaman dan luaran.
  8. Bertanggungjawab memastikan setiap peralatan dan aset di unit sentiasa berkeadaan baik, selamat diguna dan sentiasa diservis oleh pihak Perkhidmatan Sokongan Hospital
  9. Membantu penyediaan unit yang terlibat dalam Akreditasi Hospital

CARTA ORGANISASI
Image