OBJEKTIF
- Memberikan perkhidmatan rawatan hemodialisis kepada pesakit yang disahkan menghidapi kegagalan buah pinggang peringkat akhir.
- Membuat pre-renal transplant (work-out): arahan pakar Nefrologi, sebagai langkah awal persediaan sebelum menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang.
- Memberi perkhidmatan rawatan ‘kecemasan hemodialisis’ kepada kes-kes kecemasan seperti ‘fluid overload’ dan ‘hyperkalemia’ dan lain-lain mengikut arahan Pakar.
- Memastikan rawatan hemodialisis yang diberikan kepada pesakit kegagalan buah pinggang peringkat akhir adalah selamat dan mengikut amalan perawatan renal yang diiktiraf oleh golongan profesional.
VISI & MISI
VISI
Untuk menjadikan Unit Hemodialisis Hospital Rembau yang komited dalam menyediakan perkhidmatan rawatan Hemodialisis yang selamat dan berkualiti.
MISI
- Penyediaan fasiliti yang lengkap, sesuai, selamat dan terkini.
- Mengamalkan sifat profesionalisme, semangat berpasukan dan penyayang serta bersifat inovasi dan kreatif.
SKOP PERKHIDMATAN
- Memberi dan menyediakan perkhidmatan kepada pesakit yang menghidapi penyakit “Chronic Kidney Disease Stage 5” seperti berikut :-
- Menjalankan rawatan hemodialisis mengikut shift yang ditetapkan.
- Menjalankan rawatan kecemasan hemodialisis jika diperlukan atas arahan doktor jadual ‘on call staf’ ada disediakan (akan datang).
- Membantu menjalankan Pre-Renal Transplant work-up dan selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang dilakukan.
- Membantu Unit CAPD memantau pesakit yang menjalani rawatan CAPD selepas dicaj daripada Hospital Tuanku Ja’afar Seremban bila diperlukan.
- Mengendalikan klinik lawatan Pakar Nefrologi mengikut jadual yang disediakan.