FARMASI PANDU LALU


Perkhidmatan yang ditawarkan kepada pesakit iaitu mengambil ubat secara pandu lalu (drive through) di sebelah Pintu Masuk Hospital Rembau.

SYARAT-SYARAT:

Pesakit

  1. Memahami cara penggunaan ubat

  2. Stabil

  3. Perlu mendaftar di kaunter farmasi

  4. Bersetuju mengambil ubat pada tarikh yang ditetapkan*

Preskripsi

  1. Semua jenis ubat

  2. Tempoh bekalan melebihi sebulan

     *Pelanggan akan digugurkan sekiranya tidak mematuhi tarikh temujanji (tanpa makluman kepada  pihak farmasi) sebanyak 3 kali.

Faedah Farmasi Pandu Lalu

  1. Cepat

  2. Pelanggan terus dapatkan ubat di kaunter farmasi pandu lalu

  3. Tiada masalah meletakkan kenderaan

Waktu Operasi Farmasi Pandu Lalu

Waktu Operasi   :  Isnin - Jumaat (7.30 pagi - 5.00 petang)