POLISI PELAWAT & PENJAGA HOSPITAL REMBAU
Berjumpa dengan pegawai keselamatan di HADAPAN WAD.
- Kenal pasti nama pesakit di dalam senarai pesakit wad ( senarai dikemaskini sebelum waktu melawat ).
- Penuhi syaray-syarat kelayakan penjaga/pelawat.
KELAYAKAN PENJAGA
- Berumur 17 tahun ke atas.
- Tiada simptom infeksi.
- Mempamerkan MySejahtera Ujian RTK-Ag Kendiri NEGATIF yang dilakukan dalam tempoh tidak melebihi 72 jam sebelum masuk ke Hospital ( ulang sekiranya bersimptom ).
- Memdaftarkan maklumat penjaga di dalam Buku Daftar Penjaga Pesakit.
- Mematuhi SOP dan PPE yang telah ditetapkan.
- 1 ( SATU ) orang penjaga sahaja bagi pesakit dalam wad atau Jabatan Kecemasan & Trauma pada satu masa.
- Tidak digalakkan membawa makanan luar untuk pesakit ( kecuali penjaga ).
- Sekiranya layak, SLIP PENJAGA akan diberi.
KELAYAKAN PELAWAT
- Berumur 12 tahun ke atas.
- Tiada simptom infeksi.
- Mematuhi SOP & PPE yang telah ditetapkan.
- 2 ( DUA ) orang pelawat sahaja bagi pesakit dalam wad atau Jabatan Kecemasan & Trauma pada satu masa.
- Tidak digalakkan membawa makanan luar untuk pesakit ( kecuali penjaga ).