POLISI PENGGUNAAN PERKHIDMATAN KERUSI RODA HOSPITAL REMBAU

Perkhidmatan Kerusi Roda ini disediakan untuk kegunaan pelanggan/ pesakit yang mendapatkan rawatan dan kemudahan perubatan di Hospital Rembau SAHAJA.

  1. Kerusi roda hanya dibenarkan untuk kegunaan di dalam Kawasan Hospital Rembau SAHAJA. Pelanggan/Pesakit tidak dibenarkan untuk membawa pulang atau keluar kerusi roda dari Kawasan Hospital Rembau.
  2. Pelanggan/pesakit perlu menyerahkan dokumen pengenalan diri pada pengawal keselamatan bertugas bagi peminjaman kerusi roda. Kerusi roda akan diserahkan kepada pelanggan/pesakit setelah pengawal keselamatan bertugas merekodkan maklumat diri pelanggan/pesakit di dalam rekod pinjaman kersui roda.
  3. Waris atau penjaga yang mengiringi pelanggan/pesakit perlu bertanggungjawan ke atas pelanggan/pesakit sekiranya berlaku kemalangan semasa menggunakan kerusi roda.
  4. Pelanggan/pesakit yang datang tanpa ditemani oleh waris atau penjaga akan dibantu oleh kakitangan Hospital.
  5. Peminjam adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerusi roda yang dipinjam.
  6. Pelanggan/pesakit dikehendaki memulangkan semula kerusi roda ke Kaunter Pinjaman Kerusi Roda setelah menggunakannya bagi mengambil semula ID Kad semasa permohonan pinjaman.