Virus Influenza

Influenza adalah virus yang menjangkiti saluran pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti. Bagi negara- negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk manakala bagi negara-negara tropika sepanjang garisan Khatulisiwatiwa (termasuk Malaysia), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.

Berikut adalah gejala bagi Virus Influenza :

Penularan virus influenza ini merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui yang lain melalui titisan salur pernafasan ( respiratory droplets )
apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

Terdapat sesetengah kumpulan yang lebih mudah terdedah kepada virus influenza. Golongan ini perlu dipantau dan diberi perhatian untuk mengelakkan simptom mereka daripada melarat.

Antara individu yang berisiko tinggi termasuk:

  • Warga emas yang berumur 65 tahun dan ke atas.
  • Kanak-kanak terutamanya berumur bawah 5 tahun.
  • Wanita hamil.
  • Pesakit penyakit kronik (seperti diabetes, tekanan darah tinggi, lelah, penyakit jantung atau paru-paru).
  • Individu imunokompromi iaitu mempunyai sistem imun yang lemah (seperti pesakit kanser dan AIDS).
  • Penjaga untuk kumpulan berisiko tinggi seperti pengasuh, ibu bapa, penjaga profesional, serta pekerja penjagaan kesihatan. 
  • Individu yang tinggal di kawasan yang mengalami musim luruh dan sejuk. 
  • Individu yang berada di kawasan sesak dengan orang ramai (seperti di sekolah, asrama pekerja kilang, dan rumah orang tua).