Unit Sumber Manusia & Latihan

Unit Sumber Manusia & Latihan

Pengenalan

Unit Sumber Manusia & Latihan (USML) merupakan sebuah Unit yang memainkan peranan dalam melaksanakan tadbir urus sumber manusia di HTJS khususnya yang berkaitan dengan perkhidmatan seperti kenaikan pangkat, perjawatan, tatatertib, HRMIS, persaraan dan lain-lain.

USML juga memainkan peranan untuk menganjurkan dan menyelaraskan aktiviti latihan di HTJS supaya anggota melengkapkan diri dengan sikap kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian melalui program latihan yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

Perkhidmatan

  1. Menguruskan Pengesahan Lantikan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pelanjutan Tempoh Percubaan, Pemberian Taraf Berpencen, menguruskan cuti-cuti dalam perkhidmatan, penempatan dan pertukaran, peletakan/penamatan jawatan, persaraan serta menguruskan bayaran-bayaran emolumen anggota.

  2. Merancang keperluan perjawatan, mengaudit sumber manusia, mengemaskini senarai perjawatan dan skim-skim perkhidmatan di HTJS

  3. Melaksanakan urusan Kenaikan Pangkat, Laporan Prestasi Tahunan (LNPT), Pengurusan Tatatertib dan Pengistiharan Harta.

  4. Menguruskan Data Personel anggota dalam Sistem HRMIS.

  5. Menyelaraskan Kursus Tranformasi Minda (PTM), Peperiksaan Jabatan, Kursus Post-Basic dan Kursus-Kursus Dalam Perkhidmatan dalam dan luar negara.

  6. Merancang dan menganjurkan kursus bagi anggota hospital

  7. Menguruskan permohonan penganjuran kursus oleh semua jabatan/unit

  8. Menguruskan permohonan kehadiran kursus / Latihan luar premis HTJS bagi anggota hospital

  9. Bertindak sebagai urusetia Jawatankuasa CPD peringkat HTJS dan pemantau sistem myCPD (Continuous Professional Development) peringkat hospital

  10. Memantau pencapaian bilangan hari berkursus oleh semua anggoa HTJS selaras dengan arahan/pekeliling yang berkuatkuasa dari masa ke semasa dan keperluan Hospital Performance Indicator For Accountability (HPIA)

  11. Mengurus pelajar attachment jangka pendek daripada sesetengah institusi pelajaran luar yang tertentu

Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan) II

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat