Unit Perolehan
Pengenalan
Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset (UPPA) dengan secara rasminya ditubuhkan pada tahun 2014. UPPA diketuai oleh seorang (1) Penolong Pengarah Gred M44 dan dibantu oleh Penolong Pegawai Tadbir Kanan Gred N36 dengan kapasiti staf seramai 10 orang. Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset terbahagi kepada tiga (3) sub-unit iaitu Perolehan, Pengurusan Aset dan Pengurusan Stor.
Visi
Memperkasakan program/aktiviti perolehan, pengurusan aset dan stor yang sistematik, berkualiti, cekap dan penuh integriti dalam memenuhi keperluan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.
Misi
Mencapai piawaian kualiti yang tinggi dalam pengurusan perolehan, pengurusan aset dan stor selaras dengan dasar dan pekeliling yang sedang berkuat kuasa.
Objektif
Merancang, mengurus dan melaksana aktiviti perolehan, pengurusan aset dan stor bagi memenuhi keperluan jabatan selaras dengan dasar-dasar sedia ada. Memantau dan menilai aktiviti perolehan, pengurusan aset dan stor bagi memastikan kecekapan dalam mematuhi jangka masa piawaian.
Perkhidmatan
Membuat perolehan bekalan dan perkhidmatan mengikut spesifikasi, kualiti, pembelian yang berhemah dan menguntungkan, kos-kos efektif, telus, adil dan saksama serta memberikan saingan yang terbuka selaras dengan dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia;
Memastikan spesifikasi yang disediakan bagi semua perolehan adalah bersesuaian dan berlandaskan bahan/barangan tempatan yang berasaskan Standard Malaysia (MS) yang dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia (JMS). Jika tiada MS bagi barangan tersebut, spesifikasi jabatan yang disediakan oleh Jawatankuasa Penyediaan Spesifikasi atau Standard Antarabangsa lain yang sesuai hendaklah digunakan.
Menyelaraskan pengurusan mesyuarat jawatankuasa sebutharga, mesyuarat jawatankuasa penilaian teknikal, mesyuarat jawatankuasa penilaian harga peringkat Jabatan.
Bertanggungjawab menyelaraskan perolehan melalui Sistem ePerolehan di peringkat hospital untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti aktiviti/program perolehan.
Mengumpul data dan maklumat serta mengurus peruntukan yang disediakan dengan lebih efisien supaya perancangan dapat dilaksanakan dengan teratur
Membuat perancangan perolehan bagi peringkat hospital sendiri dan hospital lain di bawah kluster. (Hospital Port Dickson, Hospital Jelebu dan Hospital Rembau)