Jabatan Forensik

Jabatan Forensik

Pengenalan

Bidang Perubatan Forensik adalah satu cabang bidang perubatan di mana pengetahuan perubatan itu disabitkan dalam bidang perundangan. Manakala Perubatan Forensik dalam perkhidmatan perubatan pula melibatkan unsur-unsur medikolegal, kematian dan perkara-perkara yang berhubung kait dengannya.

Perubatan Forensik mempunyai lima teras tugas utama, iaitu:

  1. Pengurusan jenazah

  2. Bedah siasat

  3. Pengendalian kes klinikal

  4. Pengendalian bahan bukti

  5. Perkhidmatan unjuran

Jabatan atau Unit Perubatan Forensik di hospital melibatkan tenaga kerja di semua peringkat, iaitu:

  1. Pembantu Perawatan Kesihatan

  2. Penolong Pegawai Perubatan

  3. Pegawai Sains Forensik

  4. Pegawai Perubatan Forensik

  5. Pakar Forensik

Objektif

  1. Untuk menguruskan semua kematian yang datang ke Jabatan Perubatan Forensik dari wad dan dari luar hospital yang dibawa oleh pihak polis

  2. Untuk melakukan pemeriksaan Bedah Siasat apabila diperlukan dan membantu dalam man-man siasatan yang melibatkan kematian

  3. Menguruskan perkhidmatan Jabatan Perubatan Forensik selaras dengan proses Rantaian Penjagaan Bahan Bukti dan Akta Baham Bukti

Perkhidmatan

Pengurusan Jenazah

  1. Kematian dalam hospital

  2. Kematian dari luar hospital

Pengendalian sesuatu kematian dan mayat adalah pelbagai, iaitu :

  1. Pengurusan kematian dalam hospital

  2. Pengurusan kematian dari luar hospital

  3. Pengurusan mayat tidak dikenal pasti

  4. Pengurusan mayat tidak Dituntut

  5. Pengurusan mayat warga asing

  6. Pengurusan mayat berisiko tinggi

  7. Pelupusan janin dan anggota badan

Bedah Siasat

Menjalankan bedah siasat adalah bertujuan untuk mendapatkan sebab kematian dan faktor-faktor berkaitan seperti yang termaktub dalam seksyen 328 Kanun Tatacara Jenayah. Proses bedah siasat tersebut dilakukan dengan memeriksa serta membedah mayat. Proses bedah siasat mestilah lengkap dan menyeluruh tetapi tidak bersifat menganiaya.

Bedah siasat terbahagi kepada:

  1. Bedah siasat medico-legal

  2. Bedah siasat klinikal

Bedah siasat medico-legal melibatkan kes-kes Polis yang pada kebiasaannya, tetapi tidak semestinya berunsur jenayah. Manakala bedah siasat klinikal melibatkan kes kematian selepas rawatan yang diberi kebenarannya oleh pihak waris kepada si mati.

Pengendalian Kes Klinikal

Kes-kes Forensik Klinikal melibatkan kes-kes seperti jenayah seksual, dera dan pemeriksaan tahanan terhadap

mangsa yang masih hidup di jabatan -jabatan lain.

Jika terdapat keperluan, kes boleh dirujuk kepada Pegawai Perubatan Forensik atau Pakar Forensik untuk pemeriksaan. Rujukkan perlu di buat secara rasmi melalui surat rujukkan

Pengendalian Spesimen Medikolegal

Pengendalian spesimen medikolegal adalah berlainan daripada spesimen biasa.

Peralatan dan Kemudahan

Jabatan Perubatan Forensik mempunyai beberapa kemudahan yang bersesuaian dengan fungsi jabatan sebagai tempat untuk menguruskan mayat dan melakukan bedah siasat

  1. Bilik Bedah Siasat

    • Dilengkapi dengan tiga meja autopsi, dan pelbagai jenis peralatan dan kelengkapan untuk melakukan bedah siasat. Bilik ini adalah diklasifikasi sebagai bilik autopsi dengan taraf keselamatan Biosafety Level I, yang sesuai untuk kes yang tidak melibatkan penyakit yang berjangkit, dan tidak merbahaya. Semua bedah siasat medikolegal dan klinikal akan dilakukan di sini.

  2. Makmal Forensik

    • Makmal ini digunakan untuk melakukan sebahagian besar pemeriksaan Histologi, pengendalian spesimen dan pengendalian bahan kes. Makmal ini juga menerima sampel Histologi dari hospital- hospital daerah untuk diproses

  3. Bilik Mandi Jenazah

    • Bilik ini digunakan oleh pengurus jenazah dan tukang mandi jenazah untuk persediaan sebelum pengurusan terakhir jenazah

  4. Peti Sejuk Mayat

    • Jabatan ini memiliki 6 peti sejuk mayat 2 tingkat dan 1 peti sejuk mayat 3 tingkat serta 1 peti sejuk mayat bayi, bagi penyimpanan mayat.

  5. Surau

    • Ruang solat bagi warga kerja dan waris yang beragama Islam

Direktorat Diagnostik Klinikal & Forensik

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat