Jabatan Nefrologi
Pengenalan
Jabatan Nefrologi Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban merupakan pusat rujukan untuk disiplin Nefrologi Di Negeri Sembilan. Jabatan ini menerima rujukan dari jabatan-jabatan lain dalam Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dan daripada hospital daerah, pengamal perubatan dari kawasan sekitar daerah seremban dan juga seluruh negara. Jabatan juga berkerja sama rapat dengan Jabatan/Unit Nefrologi yang lain dalam Kementerian Kesihatan.
Jabatan Nefrologi HTJ juga telah dilantik oleh Persatuan Nefrologi Antarabangsa sebagai pusat latihan Peritoneal Dialisis antarabangsa sejak tahun 2019.
Objektif
-
Menyediakan perkhidmatan nefrologi am, dialisis, penjagaan pra dan pasca pembedahan pemindahan buah pinggang serta perkhidmatan paliatif nefrologi yang komprehensif di Negeri Sembilan.
-
Mempromosikan pencegahan, pengesanan dan rawatan awal penyakit buah pinggang melalui kerjasama dengan kesihatan primer dan organisasi lain yang berkaitan.
-
Menyediakan latihan kepada Pakar Nefrologi, Pegawai Perubatan dan kakitangan Paramedik di Malaysia.
Perkhidmatan
Memberi perkhidmatan rawatan Hemodialisis (HD) dan Continuous Ambulatory Dialysis (CAPD) bagi pesakit kegagalan ginjal kekal.
Memberi perkhidmatan rawatan dialisis Continuous Renal Replacement Therapy (CRRT) dan Slow Low Efficiency Dialysis (SLED) bagi kes-kes kritikal di unit Rawatan Rapi (ICU,CCU dan HDW).
Menjalankan Klinik Pakar Nefrologi bagi kes Nefrologi Awam (Kes Ulangan dan rujukan baru), Transplant serta Dialisis Kronik.
Melakukan rondaan wad (Ward Round) bagi kes nefrologi di unit rawatan rapi (ICU,CCU dan HDW), wad perubatan dan wad rujukan.
Melakukan prosidur khas seperti:
Renal Biopsi
Non-Cuffed Catheter Insertion
Cuffed Catheter Insertion
Pembedahan Peritoneoscope Peritoneal Dialysis (PD) Catheter Insertion
Shaving and Exteriorization of Peritoneal Dialysis (PD) Catheter Cuff”
Body Composition Monitoring (BCM)
Transonic Vascular Access Monitoring
Melakukan Renal Donor & Recipient Work-Up bagi penderma berpotensi untuk penerima ginjal dewasa dan pediatrik.




