Unit Perpustakaan Perubatan
Pengenalan
Unit Perpustakaan Perubatan adalah sebuah unit di bawah Bahagian Pengurusan, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. Perpustakaan Perubatan HTJS berfungsi sebagai perkhidmatan nilai tambah kepada pengguna khususnya kakitangan HTJS. Menyediakan perkhidmatan bahan rujukan dalam bidang perubatan dan bidang umum secara fizikal dan elektronik. Bahan rujukan fizikal terdiri daripada buku, jurnal, buletin, laporan tahunan, risalah dan lain-lain. Bahan rujukan elektronik melalui Portal v-Lib KKM menyediakan maklumat secara dalam talian yang diperlukan oleh penyelidik. Pengenalan
Objektif
- Memberi kemudahan dan menyediakan bahan-bahan bacaan untuk pegawai perubatan dan kakitangan hospital.
- Memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra pelanggan.
- Menyedia dan membangunkan koleksi ilmu yang lengkap dan terkini khususnya dalam bidang perubatan.
- Menyedia dan melengkapkan perpustakaan dengan prasarana dan pengurusan ilmu yang terkini
Perkhidmatan
- Perkhidmatan Rujukan Utama
- Buku rujukan bidang perubatan
- Buku rujukan umum
- Laporan Tahunan Kementerian / Agensi / Hospital
- Indeks suratkhabar tempatan
- Jurnal / buletin / majalah / risalah (fizikal)
- Perkhidmatan Sirkulasi : Peminjaman, pemulangan & pembaharuan bahan rujukan.
- Peminjaman antara perpustakaan (ILL) & Pinjaman Berkelompok
- Maklumat Kesedaran Semasa (CAS)
- Khidmat nasihat pencarian bahan rujukan
- Papan notis & Portal Perpustakaan
- Kemudahan ruang bacaan
- Kapasiti untuk 50 pengguna
- Ruang perbincangan (4 pengguna)
- Perkhidmatan Sumber Elektronik
- Portal U-Pustaka PNM ; https://www.u-library.gov.my
- Portal Perpustakaan Maya KKM ; https://vlib.ovidds.com/
- Komputer dengan akses internet
- Perkhidmatan wifi untuk pengguna
- Perkhidmatan salinan fotokopi




