Unit Kawalan Infeksi
Pengenalan
Unit Kawalan Infeksi (UKI) merupakan unit di bawah Direktorat Sokongan Klinikal, Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS). UKI telah ditubuhkan pada tahun 1998 dengan perjawatan 2 orang jururawat yang terdiri daripada Ketua Jururawat dan Jururawat terlatih sahaja pada Ketika itu. Tugas-tugas kawalan infeksi yang semakin kompleks di HTJS telah menyebabkan penambahan perjawatan di unit tersebut termasuk seorang Ketua Unit yang dilantik dari kalangan Pakar/ Pegawai Perubatan yang terlatih dari kawalan dan pencegahan infeksi. Unit Kawalan Infeksi kini beroperasi di Tingkat 2, Bangunan Klinik Pakar.
Bagi tahun 2026, Unit Kawalan Infeksi adalah terdiri daripada seorang Ketua Unit (Pegawai Perubatan), 8 orang jururawat (Infection Control Nurses/ ICN). Terdapat 70 orang Infection Control Link Personnel (ICLP) di setiap jabatan dan wad yang membantu dalam setiap program kawalan dan pencegahan infeksi.
Objektif
-
Melaksanakan program kawalan dan pencegahan infeksi serta Antimicrobial Stewardship (AMS) yang di telah tetapkan.
-
Memberi latihan kepada semua anggota kesihatan, pesakit dan orang awam mengenai pencegahan dan pengawalan jangkitan serta Antimicrobial Resistance.
-
Mencegah dan mengawal kejadian jangkitan healthcare-assosiated infection secara aktif dan berterusan.
-
Mengesan awal dan mengawal kejadian wabak penyakit di hospital.
-
Memantau kepatuhan terhadap polisi dan prosedur kawalan infeksi dan penggunaan antibiotik
Perkhidmatan
Masa Perkhidmatan
BIL | HARI | WAKTU OPERASI |
1 | Isnin - Jumaat | 8 pagi - 5 petang |
2 | Sabtu / Ahad / Hari Kelepasan Am | 7 pagi - 2 petang |
Jururawat Kawalan Infeksi harus sentiasa bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa diperlukan yang berkaitan dengan perkhidmatan.
A. Tugas Penyeliaan Klinikal / Pengawalan dan Pencegahan
- Menyelia aktiviti pencegahan dan pengawalan kejadian jangkitan HCAI dan keseluruhan penyakit yang boleh berjangkit kepada pesakit, anggota kesihatan dan orang awam.
- Merancang semua aktiviti pencegahan dan pengawalan jangkitan HCAI untuk memastikan jururawat kawalan infeksi dan Link Nurse di wad sentiasa menjalankan aktiviti kawalan infeksi yang terdapat di dalam buku polisi dan prosedur kawalan infeksi Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Menyelia dan memberi khidmat nasihat mengenai polisi dan prosedur isolasi pesakit dan isu-isu yang berkaitan dengan kawalan infeksi.
- Menyelia aktiviti pengubahsuaian dan naik taraf bangunan di hospital dan membantu di dalam khidmat nasihat mengenai kawalan infeksi untuk pengurusan peralatan baru yang digunakan di dalam perawatan pesakit.
- Melaporkan kepada Ketua Jabatan dan Pengerusi Jawatan Kuasa Kawalan Infeksi jika terdapat peningkatan kes mendadak agar tindakan pencegahan outbreak dapat dilakukan dengan segera.
- Mengendalikan aktiviti penyiasatan kejadian luar biasa (Outbreak) HCAI dan seterusnya menangani outbreak tersebut.
- Menyediakan laporan lengkap outbreak HCAI kepada Jawatan Kuasa terlibat / outbreak management team.
- Bekerjasama dengan JPKP dalam pemantauan program imunisasi dan safety device di kalangan anggota kesihatan.
B. Tugas Pengkajian
- Menguruskan aktiviti audit seperti audit hand hygiene, audit Enviroment, audit Infection and Prevention Control (IPC), Point Prevellance Surveillance di hospital.
- Menganalisa data kes-kes HCAI yang diterima.
- Menyediakan laporan lengkap untuk semua kejadian kes jangkitan HCAI dan laporan audit-audit yang dijalankan kepada pihak yang berkenaan.
- Menyediakan laporan aktiviti kawalan infeksi 2 kali setahun untuk rujukan pihak jabatan/unit.
C. Tugas Pendidikan
- Menguruskan aktiviti kursus kawalan infeksi mengikut takwim.
- Menyediakan perkhidmatan latihan,kursus serta taklimat kepada anggota kesihatan dan pelatih-pelatih berkaitan dengan kawalan infeksi.
- Mengendalikan sesi taklimat dan ceramah berkaitan dengan aktiviti pencegahan dan pengawalan jangkitan HCAI kepada semua wad/unit mengikut takwim dan keperluan semasa.
- Menguruskan beberapa sesi latihan pengguna mengenai penggunaan bahan pakai buang, bahan disinfectant, yang berkaitan dengan kawalan infeksi.
- Mengedarkan maklumat berkaitan dengan kawalan infeksi kepada semua wad/unit seperti buku rujukan dan garispanduan yang berkaitan.
D. Tugas Pentadbiran
Menghadirkan diri di dalam mesyuarat- mesyuarat yang berkaitan mengikut takwim.
Mengendalikan aktiviti untuk mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Infeksi peringkat JKNNS mengikut takwim.
Menyediakan laporan bagi mesyuarat semua aktiviti yang berkaitan.
Polisi
SENARAI POLISI, BUKU RUJUKAN DAN GARIS PANDUAN KAWALAN INFEKSI
BIL | NAMA POLISI DAN GARIS PANDUAN | KELUARAN | LOKASI |
|---|---|---|---|
1 | Policy and Procedure of Infection Control, MOH | 3rd Edition 2019 | √ |
2 | Infection Control & Prevention Policy, Unit Kawalan Infeksi HTJS | 2026 | √ |
3 | Disinfection Guidelines, MOH | 2nd Edition 2019 | √ |
4 | WHO Guideline on Hand Hygiene in Health Care: First Global Patient Safety Challenge Clean Care is Safer Care, WHO | 2009 | √ |
5 | A Guide to Implementation of the WHO Multimodal Hand Hygiene Improvement Strategy, WHO | 2009 | √ |
6 | MDRO Surveillance Manual, MOH | 3rd Edition 2022 | √ |
7 | Manual for Point Prevalence Survey (PPS) of Healthcare Associated Infection (HAI) MOH | 4th Edition 2025 | √ |
8 | Management of Carbapenem – Producing Carbapenem - Resistant Enterobacteriacae ( CP - CRE ) in Healthcare Setting, MOH | 5th Edition 2025 | √ |
9 | Surgical Site Infection Prevention & Surveillance Guideline 2023, MOH | 2023 | √ |
10 | Technical Specification of Various Clinical Disinfectant Wipes In Healthcare Facilities, MOH | 1st Edition 2025 | √ |
11 | Hospital Planning Norms & Guidelines, MOH | 1st Edition 2023 | √ |
12 | Hospital Outbreak Management, MOH | 2nd Edition 2025 | √ |
13 | Review of High-Level Disinfectants, MOH | 1st Edition 2025 | √ |
14 | Prosedur Kerja Kawalan Infeksi , Unit Kawalan Infeksi HTJS | 2026 | √ |
15 | Polisi Pemprosesan Semula Single-Use Devices (SUD) dengan High-Level Disinfectant, Unit Kawalan Infeksi HTJS | 1st Edition 2026 | √ |
16 | Protocol on Antimicrobial Stewardship (AMS) Program in Healthcare Facilities, MOH | 2nd Edition 2022 | √ |
17 | National Antimicrobial Guideline (NAG) | 4th Edition 2024 | √ |
18 | Sharp Injury Surveillance Manual, OHU, MOH | 1st Edition 2007 | √ |
19 | Guidelines on Prevention and Management of Tuberculosis for Health Care workers in Ministry of Health, OHU, MOH | 2012 | √ |
20 | Guidelines on Occupational Exposures to HIV, Hepatitis B, Hepatitis C and Recommendation for Post Exposure Prophylaxis (PEP), OHU, MOH | 1st Edition 2007 | √ |
21 | Guidelines on Management of HCWs Infected with HIV, Hepatitis B, Hepatitis C, OHU, MOH | 1st Edition 2007 | √ |
22 | Garis Panduan Penyiasatan kes-kes Kemalangan / Penyakit Pekerjaan /Keracunan di tempat kerja, OHU, MOH | 1st Edition 2011 | √ |
23 | Garis Panduan Perlaksanaan Program Imunisasi Hepatitis B bagi Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia, MOH | 1st Edition 2006 | √ |
24 | Guideline on Conceptual Design and Engineering Requirements for Isolation Room, Engineering Services Division MOH | 2017 | √ |
25 | Malaysian Patient Safety Goals 2.0, Medical Care Quality Section MOH | 2021 | √ |





