Unit Keselamatan
Pengenalan
Unit Keselamatan merupakan satu unit di bawah Bahagian Pengurusan, Hospita Tuanku Ja’afar, Seremban HTJS yang menguruskan hal ehwal Keselamatan Perlindungan di HTJS.
Visi
Misi
Objektif
Memastikan anggota hospital memahami keselamatan dokumen dan kerahsiaan maklumat daripada dibocori tanpa kebenaran, kecurian, pemalsuan dan kehilangan. Anggota hospital perlu memastikan kepentingan kawalan keselamatan bangunan atau pepasangan daripada kerosakan fizikal, kemusnahan dan kawalan keselamatan melindungi personel daripada ancaman/ serangan.
Perkhidmatan
Menyediakan Pas Keselamatan Jabatan, Kad Akses dan pelekat kenderaan anggota hospital.
Memeriksa kehadiran & laporan-laporan tugas Pengawal Keselamatan Syarikat Kawalan Keselamatan.
Menguruskan hal-hal berkaitan :
Syarikat Kawalan Keselamatan
Dokumen-dokumen Syarikat Kawalan Keselamatan.
Rondaan Pengawal Keselamatan
Membuat kiraan pembayaran kepada Syarikat Kawalan Keselamatan.
Displin Pengawal
Memastikan pergerakan lalulintas lancar, mengurus hal-hal yang berkaitan dengan tempat letak kenderaan untuk anggota hospital, orang awam serta pelanggan jabatan dan memastikan peraturan lalulintas dipatuhi.
Memastikan kemasukan pelawat-pelawat ke wad mengikut peraturan dan prosedur keselamatan yang telah ditetapkan.
Menyelaras penyimpanan kunci-kunci pendua hospital.
Mengurus aduan / maklumbalas Unit Keselamatan.
Menyiasat dan mengeluarkan laporan kejadian yang berlaku di kawasan hospital.
Urusetia Mesyuarat Kawalan Keselamatan bersama Syarikat Kawalan Keselamatan Hospital.
Menjalankan lain-lain tugas seperti yang diarahkan oleh Pegawai Keselamatan Jabatan dari semasa ke semasa.