Unit Komunikasi Korporat

Unit Komunikasi Korporat

Pengenalan

Unit Komunikasi Korporat mula ditubuhkan di bawah Bahagian Pengurusan. Unit ini diketuai oleh seorang (1) Ketua Unit Pegawai Perhubungan Awam dan dibantu oleh dua (2) Penolong Pegawai Perhubungan Awam. Unit Perhubungan Awam bertindak sebagai jurucakap bagi Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dalam menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang ada kaitan dengan hospital.

 

Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam pengurusan perhubungan awam dengan media dan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat secara berkesan. Ia berperanan sebagai penasihat dalam bidang perhubungan awam dan perhubungan media bagi merancang dan menasihati pihak pengurusan tertinggi tentang strategi perhubungan awam di HTJS. Selain itu, unit ini juga bertindak sebagai penyelaras Aduan Awam/Pelanggan.

Objektif

Bergerak ke arah perkhidmatan perhubungan awam yang profesional sekaligus membawa imej yang baik kepada hospital. Juga dapat menyediakan sistem penyampaian terbaik dalam aspek perkhidmatan perhubungan awam kepada pelanggan serta melaksanakan pengurusan majlis dan protokol mengikut piawaian secara profesional. Matlamatnya bagi menyelaras dan memantau penyebaran maklumat yang tepat melalui medium teknologi maklumat, media cetak dan elektronik.

Perkhidmatan

  1. Aduan

    • Memantau dan mengambil tindakan untuk kes-kes aduan dari Biro Pengaduan Awam (BPA), KKM, JKNS dan Laman Web Hospital.

  2. Media Massa

    • Memantau isu-isu berkaitan dengan Jabatan yang disiarkan melalui media massa.

  3. Publisiti

    • Merancang & menyelaras aktiviti dan publisiti Jabatan melalui media massa, merangkumi sidang akhbar, siaran media dan liputan media.

    • Menyelaras rakaman dan siaran langsung TV/ Radio serta sesi temubual yang berkaitan dengan isu dan program-program Jabatan.

Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan) II

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat