Jabatan Pembedahan Saraf
Pengenalan
Jabatan Pembedahan Saraf di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban merupakan salah satu unit kepakaran yang menyediakan perkhidmatan rawatan dan pengurusan penyakit berkaitan sistem saraf pusat dan periferi. Jabatan ini memberi fokus kepada diagnosis, rawatan pembedahan serta penjagaan susulan bagi pesakit yang mengalami masalah otak, saraf tunjang, dan saraf periferi.
Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi pengurusan kes kecemasan seperti trauma kepala dan kecederaan saraf tunjang, serta kes elektif seperti tumor otak, penyakit degeneratif tulang belakang, dan gangguan vaskular otak. Jabatan ini juga bekerjasama secara multidisiplin dengan unit lain seperti anestesiologi, radiologi, unit rawatan rapi (ICU), dan jabatan perubatan bagi memastikan rawatan yang komprehensif dan berkesan kepada pesakit.
Objektif Umum
Menyediakan diagnosis dan rawatan yang tepat serta cepat bagi kes neurosurgeri
Mengurangkan kadar komplikasi dan mortaliti pesakit
Memastikan pengurusan kes kecemasan seperti trauma kepala dan kecederaan saraf tunjang dilaksanakan secara efisien
Meningkatkan kualiti penjagaan pesakit melalui pemantauan dan penambahbaikan berterusan
Mengoptimumkan penggunaan teknologi dan kemudahan perubatan sedia ada
Kes Kecemasan (Emergency)
- Trauma kepala (TBI)
- Kecederaan saraf tunjang
- Pendarahan otak (ICH, SAH)
Kes Elektif (Elective)
- Tumor otak dan saraf tunjang
- Penyakit degeneratif tulang belakang (contoh: slip disc)
- Penyakit vaskular otak
Prosedur Pembedahan
- Craniotomy & craniectomy
- Spinal surgery (decompression, fusion)
- VP shunt & prosedur CSF-related
Perkhidmatan Sokongan
- Penjagaan intensif (ICU / HDU)
- Radiologi (CT Scan, MRI)
- Rehabilitasi dan fisioterapi
- Klinik susulan (follow-up clinic)




