Jabatan Farmasi
Pengenalan
Jabatan Farmasi adalah salah satu jabatan di bawah Perkhidmatan Sokongan Klinikal dan Bukan Klinikal Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS). Jabatan ini bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan berkonsepkan penjagaan farmaseutikal secara menyeluruh, mengoptimakan terapi ubat-ubatan dengan memastikan pengurusan pemilihan, pembelian dan penggunaan ubat yang rasional dan kos efektif. Selain itu, perkhidmatan Farmasi juga menekankan pendidikan dan kefahaman pesakit mengenai ubat-ubatan yang digunakan supaya komplians dapat dipertingkatkan dalam mencapai keberkesanan terapi.
Selain daripada itu, Jabatan Farmasi turut menyediakan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan pelbagai jabatan dan disiplin. Jabatan Farmasi juga menyediakan perkhidmatan 24 jam bagi pembekalan ubat kepada pesakit dari kecemasan dan pesakit dalam wad. Bagi membolehkan perkhidmatan Farmasi berjalan dengan lancar, Jabatan Farmasi diketuai oleh Ketua Jabatan Farmasi (KJF) terdiri daripada beberapa perjawatan iaitu Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Akauntan, Pembantu Tadbir, Penolong Perawatan Kesihatan dan Pekerja Awam.
Jabatan Farmasi HTJS terdiri daripada 6 unit utama iaitu:
-
Farmasi Pengurusan / Pusat Maklumat Ubat
-
Farmasi Ambulatori
-
Farmasi Pesakit Dalam
-
Farmasi Steril & Bukan Steril
-
Farmakoterapi & Farmakokinetik Klinikal
-
Farmasi Logistik
Visi
Untuk memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan negara
Misi
Untuk menerajui perkhidmatan farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan pada tahap kewibawaan yang tinggi, profesionalisme dan kecemerlangan sejajar dengan aspirasi dan cabaran negara
Objektif
Memastikan pesakit-pesakit yang menerima rawatan di HTJS menerima Penjagaan Farmaseutikal secara menyeluruh
Memastikan penggunaan ubat yang rasional
Memberi pendidikan kepada masyarakat tentang penggunaan ubat secara berkualiti, selamat dan efektif
Perkhidmatan
Farmasi Pengurusan & Pusat Maklumat Ubat (PRIC)
Farmasi Ambulatori (FA)
- Farmasi Klinik Pakar
- Farmasi Kecemasan
- Farmasi Pusat Rawatan Harian
- Farmasi Methadone
- Farmasi Psikiatri
- Farmasi MTAC dan MTM Pain
Farmasi Pesakit Dalam (FPD)
- Farmasi Pesakit Dalam (Utama)
- Farmasi Pesakit Discaj
- Farmasi Kompleks Wanita & Kanak-kanak (WCC)
Farmakoterapi dan Farmakokinetik Klinikal
- Farmasi Wad
- Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal
Farmasi Steril & Bukan Steril (FSBS)
- Prabungkus & Galenikal
- Nutrisi Parenteral (PN)
- Farmasi Onkologi
Farmasi Logistik (FL)
- Pejabat Farmasi Logistik, Stor Ubat Utama & Stor Bukan Ubat Utama




