Unit Kewangan
Pengenalan
Unit Kewangan merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan dan akaun di HTJS selaras dengan pekeliling dan peraturan berkuat kuasa
Visi
Untuk memberi perkhidmatan pengurusan kewangan yang cemerlang sebagai komplemen kepada keperluan jabatan serta pihak yang terlibat
Misi
Unit Kewangan adalah komited untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan yang terbaik dengan meningkatkan keupayaan, kecekapan, keberkesanan, ketelusan serta akauntabiliti
Objektif
Untuk mencapai pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan dari segi ketepatan masa, pematuhan piawaian kualiti dan penggunaan sumber secara optimum selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang berkuat kuasa
Perkhidmatan
Pengurusan Bajet
Menyedia dan menyelaras permohonan Anggaran Belanja Mengurus Tahunan
Memantau, menyedia dan melaporkan prestasi perbelanjaan secara berkala selaras peraturan berkuat kuasa
Pengurusan Gaji
Menyedia, menyemak dan mengunci masuk perubahan gaji di dalam sistem Gaji Berkomputer iGFMAS bagi pembayaran emolumen kakitangan hospital termasuk lantikan kontrak dan MyStep tertakluk kepada pekeliling yang ditetapkan
Pengurusan Pembayaran
Menguruskan pembayaran secara elektronik melalui sistem iGFMAS bagi semua perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja, bil-bil, elaun, tuntutan, bayaran balik kemudahan serta perbelanjaan ke atas akaun amanah yang ditetapkan selaras dengan pekeliling yang berkuatkuasa
Pengurusan Amanah dan Deposit
Menyediakan laporan bulanan akaun amanah dan baki deposit bagi tujuan penyediaan Kertas Kerja Sokongan (KKS) Lejar Akruan bagi Penutupan Akaun Interim Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan setiap sukuan tahun kepada Pejabat Perakaunan dan Kementerian yang tepat dan betul
Pengurusan Perakaunan Aset
Menyelaras dan melaporkan baki akhir rekod inventrori setiap suku tahun selaras peraturan berkuat kausa.
Pengurusan Permohonan Kemudahan
Menyelaras permohonan kelulusan kepada Kuasa Melulus seperti pendahuluan diri, kemudahan perubatan pegawai awam, kemudahan pembelian telefon bimbit dan bayaran balik bil bulanan, pendahuluan kenderaan dan komputer dan permohonan elaun perpindahan rumah tertakluk kepada peraturan kewangan dan pekeliling yang berkuat kuasa