Jabatan Radiologi
Pengenalan
Jabatan Radiologi merupakan salah satu jabatan sokongan klinikal yang beperanan penting di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban (HTJS) dalam memberi perkhidmatan pengimejan diagnostik dan teraputik invasive tertentu untuk pesakit dalam dan pesakit luar serta semua pesakit dari Hospital Kluster di bawah HTJS dan juga klinik-klinik kesihatan yang dirujuk ke HTJS. Perkhidmatan radiologi terdapat di enam (6) lokasi iaitu di bangunan utama HTJS, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Klinik Pakar, Pusat Rawatan Harian (ACC), Blok Wanita dan Kanak-Kanak (WCC) dan Jabatan Forensik.
Visi
Mengungguli perkhidmatan radiologi yang berkualiti dan selamat
Misi
Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan intervensi radiologi dengan mengutamakan keselamatan kepada pesakit dan kakitangan
Objektif
Menjadi pusat rujukan dalam bidang kepakaran radiologi untuk seluruh perkhidmatan radiologi di Negeri Sembilan
Memberi perkhidmatan yang cemerlang, professional dan mengikut Akta Perlindungan Radiasi
Meningkatkan kemahiran staf dengan latihan yang berterusan selaras dengan perkembangan terkini bidang pengimejan perubatan
Perkhidmatan
Radiografi Am
Radiografi Khas (CT Scan, MRI, Mammografi, Floroskopi, Ultrasound)
Radiografi Dental (OPG/CBCT)
Radiografi Mudah Alih (Mobile Radiography)
Radiografi Dewan Bedah dan CCU
Bone Mineral Densitometry (BMD)




