Unit Penyelidikan Klinikal (CRC)
Pengenalan
Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban telah ditubuhkan pada bulan September 2006. CRC HTJS adalah salah satu daripada 37 rangkaian CRC dibawah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Institut Kesihatan Negara (NIH). Penubuhan dan fungsi rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) adalah selaras dengan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) - peningkatan ekonomi negara melalui Penyelidikan Klinikal.
Perkhidmatan
Menyelaras pendaftaran penyelidikan yang akan dijalankan di hospital, atau oleh kakitangan hospital melalui online National Medical Research Registry (NMRR)
Mengkaji cadangan penyelidikan yang akan dijalankan dengan memberi konsultasi penyelidikan
Melakukan semakan protokol penyelidikan bagi mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (MREC)
Menyelaras Ujian klinikal dan memastikan Penyelidik mempunyai kelulusan dan mematuhi etika Amalan Baik Klinikal (GCP) dan piawaian yang berkaitan yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Bersama Antarabangsa
Membantu kakitangan hospital dalam menjalankan penyelidikan
Memberi kerjasama dengan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) dan semua Rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC).
Menjalankan latihan berhubung dengan penyelidikan




