Jabatan Patologi

Jabatan Patologi

Pengenalan

Jabatan Patologi adalah merupakan sebuah jabatan yang memberikan perkhidmatan diagnostik dan kepakaran yang merangkumi ujian-ujian makmal dalam menghasilkan laporan diagnostik bagi membantu Pakar-pakar dan Pegawai-pegawai Perubatan dalam diagnostik penyakit. Ini dapat membantu rawatan dan menentukan prognosis bagi semua pesakit di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban (HTJS). Jabatan ini juga merupakan makmal rujukan yang memberi perkhidmatan kepada Hospital-hospital Daerah dan Klinik-klinik Kesihatan di seluruh Negeri Sembilan.

Disamping dengan itu, Jabatan Patologi turut menyediakan latihan pendidikan lanjutan dalam bidang kepakaran patologi untuk Doktor Sarjana Kepakaran Patologi, Diploma Lanjutan Juruteknologi Makmal Perubatan, pusat latihan pelajar Diploma Juruteknologi Makmal Perubatan dan juga Sarjana Muda Juruteknologi Makmal Perubatan dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Visi

Menyediakan perkhidmatan patologi yang cepat, tepat dan berlandaskan pengurusan yang bersistematik bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

Misi

Dengan semangat kerja berpasukan, kami akan memberikan perkhidmatan yang cekap dan dipercayai, kearah mencapai kecemerlangan dalam penjagaan pesakit dan meningkatkan kemahiran professional dan teknologi melalui latihan, penyelidikan dan pembangunan perkhidmatan.

Objektif

Memberikan perkhidmatan patologi yang efektif dan efisyen serta berprihatin dalam perawatan pesakit. Peningkatan mutu perkhidmatan dipastikan melalui kemas kini teknik kerja dan latihan anggota yang berterusan, serta memupuk nilai budaya penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan.

Perkhidmatan

Jabatan Patologi beroperasi selama 24 jam termasuk hari cuti dan kelepasan am kecuali Unit Histopatologi dan Unit Sitologi.

  1. Ujian-ujian yang dijalankan adalah seperti berikut:

Pengujian yang dijalankan dari sampel darah, bendalir badan, kahak, tinja dan tisu di unit-unit berikut;

    • Histopatologi

    • Sitologi

    • Hematologi

    • Mikrobiologi

    • Patologi Kimia

  1. Perkhidmatan runding cara

  2. Penghantaran ujian outsource

  3. Pembekalan konsumable makmal

  4. Pembelajaran dan latihan

Direktorat Diagnostik Klinikal & Forensik

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat