Unit Sumber Manusia

Unit Sumber Manusia

Pengenalan

Unit Sumber Manusia merupakan sebuah Unit yang memainkan peranan dalam melaksanakan tadbir urus sumber manusia di HTJS khususnya yang berkaitan dengan perkhidmatan seperti kenaikan pangkat, perjawatan, tatatertib, HRMIS, persaraan dan lain-lain.

Perkhidmatan

  1. Menguruskan Pengesahan Lantikan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pelanjutan Tempoh Percubaan, Pemberian Taraf Berpencen, menguruskan cuti-cuti dalam perkhidmatan, penempatan dan pertukaran, peletakan/penamatan jawatan, persaraan serta menguruskan bayaran-bayaran emolumen anggota.

  2. Merancang keperluan perjawatan, mengaudit sumber manusia, mengemaskini senarai perjawatan dan skim-skim perkhidmatan di HTJS

  3. Melaksanakan urusan Kenaikan Pangkat, Laporan Prestasi Tahunan (LNPT), Pengurusan Tatatertib dan Pengistiharan Harta.

  4. Menguruskan Data Personel anggota dalam Sistem HRMIS.

  5. Menyelaraskan Kursus Tranformasi Minda (PTM), Peperiksaan Jabatan, Kursus Post-Basic dan Kursus-Kursus Dalam Perkhidmatan dalam dan luar negara.

Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan) II

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO2023