Jabatan Obstetrik & Ginekologi
Pengenalan
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi merupakan salah satu jabatan utama di Hospital Tuanku Ja'afar. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kepakaran kepada wanita hamil bagi memastikan kelahiran yang selamat, serta rawatan bagi pelbagai masalah ginekologi dari peringkat remaja sehingga menopaus.
Jabatan in menawrkan perkhidmatan sub-kepakaran yang merangkumi maternal-fetal medicine, onkologi ginekologi dan uroginekologi.
Selain itu, turut disediakan perkhidmatan kaunseling pra-kehamilan dan Well Woman Clinic bagi memastikan perancangan kehamilan yang sihat serta penjagaan kesihatan wanita sebelum dan selepas menopaus.
Jabatan ini juga berfungsi sebagai pusat rujukan tertier bagi kes-kes Obstetrik dan Ginekologi di Negeri Sembilan. Perkhidmatan jabatan turut diperluaskan secara berkala ke Hospital Rembau dan Hospital Jempol melalui Program Kluster Negeri Sembilan 2.
Selain itu, jabatan ini juga berperanan sebagai pusat latihan bagi pelajar perubatan prasiswazah paramedik serta latihan kepakaran dalam bidang O&G dan Perubatan Keluarga.
Jabatan ini sentiasa komited dalam penambahbaikan kualiti perkhidmatan melalui pelan strategik dan inisiatif penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan mutu penjagaan pesakit.
Visi
Menjadi peneraju dalam menyediakan perkhidmatan Obstetrik & Ginekologi yang berkualiti dan selamat kepada ibu, bayi dan wanita di Negeri Sembilan
Misi
Menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan selamat melalui kepakaran, profesionalisme, empati dan kemudahan fasiliti yang terbaik di Negeri Sembilan
Objektif
-
Mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti ibu serta bayi melalui pematuhan kepada piawaian klinikal, garis panduan kebangsaan dan amalan terbaik yang ditetapkan.
-
Menyediakan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak yang menyeluruh, bermula dari fasa pra-kehamilan, antenatal, intrapartum sehingga penjagaan pasca kelahiran.
-
Memastikan semua pakar, pegawai perubatan dan paramedik dilatih secara berterusan serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran perbidanan yang cekap, selamat dan terkini.
-
Menyediakan pasukan subkepakaran bagi pengurusan kes-kes berisiko tinggi termasuk Maternal Fetal Medicine (MFM), Uroginekologi dan Gineonkologi serta berperanan sebagai pusat latihan dan rujukan.
-
Mengoptimumkan rawatan pesakit ginekologi melalui pemilihan kaedah rawatan yang berkesan, selamat dan berasaskan bukti terkini.
-
Memperluaskan dan memperkukuhkan perkhidmatan pembedahan invasif minima (Minimal Invasive Surgery) bagi meningkatkan hasil rawatan dan pemulihan pesakit.
-
Meningkatkan kualiti hidup wanita khususnya dalam fasa peri-menopaus dan pasca-menopaus melalui pendekatan rawatan holistik dan berfokuskan pesakit.
-
Mengekalkan dan memperkukuhkan status hospital sebagai Hospital Rakan Bayi, selaras dengan amalan penyusuan susu ibu yang disokong dan selamat.
-
Memastikan kepuasan dan kepercayaan pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan beretika, mesra pesakit dan berkualiti tinggi.
-
Mempereratkan kerjasama strategik dengan jabatan dalaman serta fasiliti kesihatan lain bagi memastikan kesinambungan rawatan dan sistem rujukan yang efektif.
Perkhidmatan
Antara perkhidmatan yang terdapat di jabatan ini adalah seperti berikut:
Berfungsi sebagai pusat rawatan utama bagi Negeri Sembilan untuk kes-kes rujukan dari disiplin dan klinik periferi yang lain
Rawatan pesakit dalam
Rawatan Pesakit Luar; klinik Obstetrik, klinik Ginekologi, early pregnancy assessment unit (EPAU), Klinik Pre-Pregnancy, Combined clinic, klinik Colposcopy
Rawatan subkepakaran; maternofetal medicine (MFM), Gynae-onkologi, Uroginekologi
Perkhidmatan pembedahan elektif
Perkhidmatan pembedahan kecemasan
Lawatan Pakar Ke Hospital lain
Bertindak sebagai pusat latihan pelajar-pelajar pra-siswazah dan sarjana perubatan
Berfungsi sebagai pusat kajian dan sumber teknikal




