Unit Pengurusan Risiko & Survelan Klinikal

Unit Pengurusan Risiko & Survelan Klinikal

Pengenalan

Unit Pengurusan Risiko & Survelan Klinikal merupakan unit yang ditubuhkan bagi memantau pencapaian kualiti perkhidmatan klinikal dan juga bukan klinikal seterusnya membantu melaksanakan tindakan penambahbaikan ke arah menyampaikan perkhidmatan yang lebih berkualiti.

Selain itu, Unit Pengurusan Risiko & Survelan Klinikal juga membantu mengelola semua aktiviti penambahbaikan kualiti yang melibatkan seluruh hospital dan menjadi urusetia kepada pelbagai jawatankuasa yang memfokuskan kepada penambahbaikan, keselamatan pesakit serta pensijilan hospital.

Visi

Unit Pengurusan Risiko & Survelan Klinikal sebagai pusat kecemerlangan yang menyediakan sumber dalam peningkatan aktiviti kualiti Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Unit Pengurusan Risiko & Survelan Klinikal menerapkan kualiti sebagai budaya kerja untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan kepada masyarakat.

Misi

Matlamat utama Unit Pengurusan Risiko & Survelan Klinikal adalah untuk menentukan penerapan dan penghayatan kualiti di dalam perkhidmatan perubatan dicapai supaya pelanggan mendapat perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan selamat serta berupaya mencapai tahap kesihatan yang baik.

Berusaha untuk memberikan perkhidmatan berkualiti dengan menerapkan nilai-nilai profesionalisma, semangat kerja berpasukan dan penyayang dalam usaha mencapai prestasi kerja cemerlang demi untuk meningkatkan kesihatan dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

Objektif

Menjalankan tugas-tugas penyelarasan peningkatan Aktiviti-Aktiviti Kualiti (QA/QI), memantau pencapaian perkhidmatan klinikal dan juga bukan klinikal dari masa ke semasa seterusnya membantu melaksanakan tindakan penambahbaikan ke arah perkhidmatan yang lebih berkualiti demi mencapai Visi, Misi dan Objektif Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Perkhidmatan

Skop Perkhidmatan Unit Pengurusan Risiko & Survelan Klinikal merangkumi aktiviti berikut:

A. Survelan Pencapaian Kualiti
  1. Pemantauan pencapaian Hospital Specific Approach (HSA), Key Performance Indicator (KPI) Klinikal, Hospital Performance Indicators for Accountability (HPIA), KPI Pengarah Kesihatan Negeri (PKN) dan KPI Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (TPKN) Perubatan.

  2. Menyelaras aktiviti-aktiviti seperti mengumpul dan menganalisa data berkenaan Hospital Specific Approach (HSA), Key Performance Indicator (KPI) Klinikal, Hospital Performance Indicators for Accountability (HPIA), KPI Pengarah Kesihatan Negeri (PKN) dan KPI Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (TPKN) Perubatan

  3. Membimbing jabatan/unit untuk menyediakan laporan Shortfall in Quality (SIQ) dan mengenalpasti langkah-langkah penambahbaikan

  4. Menjalankan audit dalaman KPI Klinikal dan HPIA dua kali setahun bagi persediaan Audit Luaran bersama JKNNS dan hospital-hospital di Negeri Sembilan setahun sekali.

  5. Melaksanakan proses Credentialing & Privileging (C&P) sebagai pemantauan terhadap kompentensi Pegawai Perubatan/Pembantu Pegawai Perubatan dan Jururawat serta Anggota Allied Health dalam memberikan perawatan yang berkualiti.

  6. Merancang, menyelaras, mengumpul dan memantau aktiviti berkaitan kepuasan pelanggan berpandukan garis panduan Patient Satisfaction Questionnaire (PSQ-18) yang telah ditetapkan oleh KKM.

B. Pensijilan dan Piawaian Hospital

Memastikan hospital dapat mencapai Pensijilan & Piawaian semasa yang telah ditetapkan seperti :

  1. Akreditasi MSQH

  2. MS ISO 9001:2015

  3. Pain Free Hospital

  4. Hospital Baby Friendly

C. Inovasi dan Kualiti Perkhidmatan
  1. Menyelaras dan memantau Projek QA/ Inovasi di peringkat hospital.

  2. Merancang dan melaksanakan perluasan inisiatif Lean Healthcare di peringkat hospital.

  3. Menyelaras aktiviti berkaitan Hospital Kluster Negeri Sembilan 2 (NS2) di peringkat kluster.

D. Keselamatan Pesakit (Patient Safety)
  1. Melaksanakan sistem laporan insiden di hospital dengan menggunakan garis panduan yang telah ditetapkan oleh KKM

  2. Menerima, menyaring, menganalisa setiap insiden yang dilaporkan dan melakukan siasatan bersama Jabatan/ Unit yang terlibat, seterusnya mengambil langkah penambahbaikan dan pencegahan.

E. Medikolegal
  1. Menguruskan kes aduan kompleks dan kes saman serta mengenalpasti anggota dan jabatan yang terlibat.

  2. Menyelaras dan mengurusetia mesyuarat jawatankuasa penyiasatan dalaman (JKPD) dan jawatankuasa penyiasatan bebas (JKPB) bagi kes kompleks dan berpotensi medikolegal. Laporan mesyuarat akan dihantar ke JKN dan KKM.

  3. Menjadi perantara untuk pengadu bagi kes aduan kompleks.

  4. Menjadi perantara kepada penasihat undang-undang dan anggota hospital

  5. yang terlibat dengan kes saman.

F. Sekretariat Mesyuarat Peringkat Hospital
  1. Sekretariat Mesyuarat MDAC

  2. Sekretariat Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan/Unit HTJS

Pengurusan Risiko & Survelan

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat