Unit Latihan & Perkembangan Kerjaya

Unit Latihan & Perkembangan Kerjaya

Pengenalan

ULPK memainkan peranan untuk menganjurkan dan menyelaraskan aktiviti latihan di HTJS supaya anggota melengkapkan diri dengan sikap kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian melalui program latihan yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

Objektif

Membantu anggota HTJS memperolehi peluang-peluang mengikuti latihan bengkel/konferens dalam usaha mempertingkatkan kemahiran dan kompetensi diri dan organisasi.

Perkhidmatan

  1. Merancang dan menganjurkan kursus bagi anggota hospital

  2. Menguruskan permohonan penganjuran kursus oleh semua jabatan/unit

  3. Menguruskan permohonan kehadiran kursus / Latihan luar premis HTJS bagi anggota hospital

  4. Bertindak sebagai urusetia Jawatankuasa CPD peringkat HTJS dan pemantau sistem myCPD (Continius Profesioanl Development) peringkat hospital

  5. Memantau pencapaian bilangan hari berkursus oleh semua anggoa HTJS selaras dengan arahan/pekeliling yang berkuatkuasa dari masa ke semasa dan keperluan Hospital Performance Indicator For Accountability (HPIA)

  6. Mengurus pelajar attachment jangka pendek daripada sesetengah institusi pelajaran luar yang tertentu

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat