Unit Hal Ehwal Islam

Unit Hal Ehwal Islam

Pengenalan

Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) adalah sebagai satu mekanisme ke arah perkhidmatan keagamaan dari sudut rohani dan jasmani selaras dengan syariat Islam. UHEI juga berperanan untuk merancang dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti kesedaran, kerohanian dan penerapan nilai-nilai Islam peringkat hospital.

Unit Hal Ehwal Islam juga bertanggungjawab memastikan pelaksanaan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) berjalan secara holistik. HMI adalah satu pendekatan di mana rawatan perubatan digabungkan dengan bimbingan kerohanian bagi membantu pesakit menunaikan kewajipan ibadah dalam keadaan uzur, selaras dengan kaedah Fiqh Perubatan.

WAKTU OPERASI

  • Waktu Pejabat: 8.00 pagi – 5.00 petang (Isnin - Jumaat).
  • Perkhidmatan On-Call: Bagi kes kecemasan selepas waktu pejabat.

Objektif

  • Meningkatkan  kefahaman dan penghayatan nilai-nilai Islam dan integriti kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit di hospital.

  • Menjadikan program Hospital Mesra Ibadah sebagai satu perkhidmatan yang diiktiraf oleh pelanggan di hospital.

  • Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan khidmat nasihat kerohanian kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit.

  • Bertindak sebagai pemudahcara bagi isu berkaitan fiqh ibadah, fiqh perubatan dan hal ehwal islam kepada pegawai dan pengamal perubatan, pesakit serta waris pesakit di hospital.

  • Mengintegrasikan rawatan fizikal, mental, psikologikal dan spiritual selaras dengan takrif kesihatan oleh World Health Organisation (WHO). 

 

Objektif

1. Bimbingan Ibadah Pesakit (Patuhi Standard HMI)

  • Tayamum & Wuduk: Menyediakan debu tayamum dan botol spray wuduk di wad-wad.
  • Kemudahan Solat: Memastikan ketersediaan arah kiblat yang tepat, sejadah, dan kain sembahyang di setiap unit/bilik pesakit
  • Khidmat Runding Cara: Memberi bimbingan secara individu kepada pesakit tentang cara solat ketika sakit (duduk/baring/isyarat).
  • Hebahan Waktu Solat: Memastikan azan atau peringatan waktu solat dilaungkan melalui sistem pembesar suara hospital.

2. Pengurusan Jenazah

  • Mengawalselia pengurusan jenazah Islam seperti mandi, kafan, dan solat jenazah mengikut SOP yang ditetapkan.
  • Memberikan bimbingan kepada waris dalam menghadapi kematian (tazkirah ringkas dan urusan dokumentasi kematian).
  • Mengawalselia pengurusan jenazah Islam yang tidak dituntut, saudara baru, jenazah berwaris dan tanpa waris. 

3. Dakwah dan Syiar Islam

  • Menganjurkan sambutan hari-hari kebesaran Islam (Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan sebagainya).
  • Mengadakan program ceramah berkala, kelas fardu ain, dan tadarus Al-Quran untuk kakitangan.
  • Menyediakan bahan bacaan agama dan risalah doa-doa syifa di ruang menunggu dan wad.

4. Khidmat Nasihat dan Konsultasi Syarie

Menjadi rujukan bagi isu-isu perubatan berkaitan syariah seperti:

  • Penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi unsur meragukan.
  • Hukum-hakam berkaitan pembedahan/rawatan kritikal.
  • Isu derma organ (dengan kerjasama Unit Transplan).
  • Isu End-of-Life Care mengikut perspektif Islam.

Hospital Mesra Ibadah

Logo HMI HTJS
Halaman Hospital Mesra Ibadah HTJS

Bagi mengekalkan status HMI, Unit Hal Ehwal Islam wajib:

  1. Latihan Kakitangan: Memastikan sekurang-kurangnya 10% kakitangan klinikal dan bukan klinikal menghadiri kursus bimbingan ibadah pesakit.
  2. Audit Dalaman: Menjalankan audit dalaman untuk semua aktiviti HMI sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun.
  3. Orentasi Pesakit: Memastikan sekurang-kurangnya 80% pesakit muslim/ yang beragama Islam mendapat orentasi berkaitan HMI ketika kemasukan ke wad. 
  4. Kemudahan dan Peralatan: Memastikan 80% wad dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan kit solat. 
  5. Rekod Aktiviti: Mendokumentasikan semua aktiviti bimbingan kerohanian dalam sistem rekod hospital.

Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan) II

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat