Unit Pembangunan

Unit Pembangunan

Pengenalan

Unit Pembangunan, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) merupakan salah satu unit sokongan di bawah Bahagian Pengurusan. Unit ini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah M48, Penolong Pengarah Kanan M44 dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir N29 serta dua (2) orang Pembantu Tadbir N19.

Visi

Untuk menjadikan HTJS sebagai sebuah institusi perubatan yang menawarkan infrastruktur dan prasarana yang kondusif kepada pesakit di Negeri Sembilan.

Misi

Membangun dan menyelenggara prasarana dan infrastruktur HTJS dengan efisyen dari segi kos ke arah persekitaran yang kondusif bagi penyediaan perkhidmatan kesihatan yang terbaik.

Objektif

Objektif utama Unit Pembangunan adalah untuk menguruskan kerja-kerja menaiktaraf, ubahsuai dan kerja-kerja pembaikan kecil di bawah Objek Mengurus (B42) dan Objek Pembangunan (P42) mengikut keutamaan bagi keselamatan dan keselesaan para pelanggan hospital. Unit ini juga bertanggungjawab untuk memastikan perolehan bagi kerja-kerja ubahsuai/naiktaraf adalah teratur mengikut Arahan Perbendaharaan yang berkuatkuasa.

Perkhidmatan

  1. Mengumpul cadangan projek BP00600 secara tahunan/berkala daripada semua Jabatan di HTJS dan menyusunnya mengikut keutamaan seterusnya mengemukakannya kepada Seksyen Pembangunan, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) untuk pertimbangan kelulusan peruntukan

  2. Memantau prestasi kewangan projek-projek pembangunan di bawah belanja Peruntukan Pembangunan (P42) dan Peruntukan Mengurus (B42) bagi kerja-kerja kecil dan penyelenggaraan hospital

  3. Menyelaras dan menyediakan senarai Projek RMK (Rancangan Malaysia) mengikut keutamaan untuk dimajukan ke JKNNS

  4. Memantau dan mengurus laporan kemajuan fizikal projek dan prestasi kewangan yang telah diperuntukkan.

  5. Mengeluarkan Pesanan Kerajaan/ Inden Kerja bagi perolehan kerja di bawah belanja Peruntukan Pembangunan dan Peruntukan Mengurus

Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan) I

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat