Unit Pengurusan Aset & Stor

Unit Pengurusan Aset & Stor

Pengenalan

Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset (UPPA) dengan secara rasminya ditubuhkan pada tahun 2014. UPPA diketuai oleh seorang (1) Penolong Pengarah Gred M44 dan dibantu oleh Penolong Pegawai Tadbir Kanan Gred N36 dengan kapasiti staf seramai 10 orang. Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset terbahagi kepada tiga (3) sub-unit iaitu Perolehan, Pengurusan Aset dan Pengurusan Stor.

Visi

Memperkasakan program/aktiviti perolehan, pengurusan aset dan stor yang sistematik, berkualiti, cekap dan penuh integriti dalam memenuhi keperluan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

Misi

Mencapai piawaian kualiti yang tinggi dalam pengurusan perolehan, pengurusan aset dan stor selaras dengan dasar dan pekeliling yang sedang berkuat kuasa.

Objektif

Merancang, mengurus dan melaksana aktiviti perolehan, pengurusan aset dan stor bagi memenuhi keperluan jabatan selaras dengan dasar-dasar sedia ada. Memantau dan menilai aktiviti perolehan, pengurusan aset dan stor bagi memastikan kecekapan dalam mematuhi jangka masa piawaian.

Perkhidmatan

  1. Menyelaras Laporan Suku Tahun untuk dibentangkan dalam Mesyuarat JKPAK yang akan diadakan setiap tiga (3) bulan sekali;

  2. Menyenggara dan mengemaskini laporan serta maklumat ke dalam MySPA;

  3. Bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan aset dilaksanakan secara cekap, teratur dan berkesan mengikut peraturan yang telahditetapkandi bawah kawalannya meliputi:-

    • Penerimaan,

    • Pendaftaran

    • Penggunaan,

    • Penyimpanan dan Pemeriksaan,

    • Penyelenggaraan,

    • Pelupusan dan Kehilangan dan Hapus Kira

  4. Menguruskan pelantikan Pegawai Aset, Pegawai Pemeriksa, Lembaga Pemeriksa Pelupusan dan Jawatankuasa Penyiasat;dan

  5. Menjadi Urus Setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Jabatan.

Fungsi Stor Alat Tulis

  1. Menyelaras Laporan Suku Tahun untuk dibentangkan dalam Mesyuarat JKPAK yang akan diadakan setiap tiga (3) bulan sekali

  2. Bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan stor dilaksanakan secara cekap, teratur dan berkesan mengikut peraturan yang telah ditetapkan di bawah kawalannya meliputi:-

    • Penerimaan,

    • Penyimpanan

    • Penyenggaraan,

    • Pengiraan & Pemeriksaan,

    • Pembungkusan & Penghantaraan,

    • Pelupusan dan Kehilangan dan Hapus Kira

  3. Menyenggara dan mengemaskini laporan serta maklumat ke dalam MySPS;

  4. Menguruskan pelantikan Pegawai Stor, Pegawai Pemverifikas, Lembaga Pemeriksa Pelupusan, Jawatankuasa Penyiasat dan Pemverifikasi Stor;dan

  5. Menjadi Urus Setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Jabatan.

Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan) IV

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat