Jabatan Otorinolaringologi
Pengenalan
Jabatan Otorinolaringologi, Pembedahan Leher dan Kepala (ORL-HNS) atau lebih dikenali sebagai Jabatan ENT (Ear, Nose and Throat) telah ditubuhkan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sejak tahun 1992.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah perkhidmatan pesakit luar, pesakit dalam serta perkhidmatan Audiologi dan Pemulihan Pertuturan.
Mulai tahun 2005, Jabatan ORL-HNS Hospital Tuanku Jaafar, Seremban menyediakan perkhidmatan sub-kepakaran “Otology” dan merupakan pusat rujukan tertiari bagi kes-kes “Otology” untuk Zon Selatan.
Perjawatan jabatan termasuk Pakar Pembedahan ORL, Pegawai Perubatan, Pegawai Audiologi, Pegawai Pemulihan Pertuturan, barisan paramedik yang merangkumi Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Masyarakat, beserta staf sokongan terdiri daripada Pegawai Tadbir dan Attendan Kesihatan.
Objektif
Memberi perkhidmatan, pemeriksaan dan rawatan yang sempurna kepada semua pesakit ORL.
Menentukan diagnosis yang tepat dan memberi rawatan serta pemulihan awal kepada pesakit.
Melatih doktor dan allied health professional dalam bidang ORL dan menaik taraf kemudahan dan perkhidmatan yang sedia ada.
Memastikan rawatan pesakit luar ORL diperoleh dengan cepat dan selesa.
Mencegah dan mengurangkan kadar komplikasi serta kematian dalam kalangan pesakit.
Perkhidmatan
Perkhidmatan Pesakit Luar
Klinik Pesakit Luar ORL
Klinik Audiologi
Pemeriksaan Saringan Pendengaran
Ujian Pendengaran - PTA/TYMP/ABR
Ujian amplifikasi dan rehabilitasi pendengaran
Klinik Pertuturan dan Penelanan
Terapi Pertuturan
Terapi penelanan dan ujian FEES
Klinik bersama Neurosurgeri (Combined Lateral skull base clinic)
Perkhidmatan Pesakit Dalam termasuk Perkhidmatan Kecemasan
Perkhidmatan Pembedahan ORL
Perkhidmatan Pembedahan Harian ORL
Perkhidmatan Pembedahan Ke Hospital Rembau (Hospital Kluster)
Perkhidmatan Pembedahan Bersama Neurosurgeri (Lateral skull base surgery)




