Unit Hasil

Unit Hasil

Pengenalan

Unit Hasil diketuai oleh seorang Akauntan WA44 dengan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir (P/O) N26. Terdapat 4 kaunter di Unit Hasil dan Unit Daftar Masuk yang memberi perkhidmatan pendaftaran pesakit dan kutipan hasil. Di Unit Hasil sendiri mempunyai sepuluh (10) anggota, lapan (8) anggota di Unit Daftar Masuk (UDM), lima (5) anggota di One Stop Centre (OSC), dua (2) anggota di Ambulatory Care Centre (ACC) dan dua (2) anggota di Women & Child Centre (WCC).

Visi

Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mempertingkatkan kualiti kerja-kerja berkaitan dengan kutipan hasil kearah menambahkan hasil dan sumber kewangan kerajaan.

Misi

Unit Hasil akan menjadi sebagai pusat kutipan hasil yang memberi layanan yang cepat, tepat dan mesra pelanggan.

Objektif

  • Membuat pengiraan bil-bil pesakit yang keluar daripada wad mengikut Akta Fee Perintah Fee (Perubatan) (Pindaan) 2003 dan merekodkan segala bayaran serta mengambil tindakan bagi bil-bil yang tidak dijelaskan dengan cekap, teratur dan berkesan.

  • Memberi sokongan kewangan kepada program dan aktiviti Kementerian Kesihatan Malaysia melalui perlaksanaan dasar hasil berasaskan prosedur-prosedur, arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling kewangan yang ditetapkan. Tumpuan diberikan kepada sistem kutipan hasil yang berkesan yang boleh memaksimakan kutipan hasil serta meminimakan tunggakan hasil.

Perkhidmatan

  1. Memastikan bil-bil rawatan dikeluarkan sebaik sahaja seseorang pesakit keluar atau discaj dari wad.

  2. Memastikan pesakit yang keluar atau discaj dari wad menjelaskan bil hospital.

  3. Mengutip bayaran dari pesakit yang telah mendapatkan rawatan di hospital serta lain-lain jenis bayaran dan kutipan kerajaan.

  4. Menghantar surat-surat peringatan bagi bil-bil pesakit yang tertunggak.

  5. Melaksanakan dasar hasil berasaskan prosedur-prosedur, arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling kewangan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan) I

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat