Unit Kejuruteraan
Pengenalan
Unit Kejuruteraan Operasi Hospital Hospital Tuanku Ja’afar Seremban terdiri daripada dua kakitangan teknikal iaitu Jurutera Awam dan Penolong Jurutera Awam.
Ini adalah perlu dalam memberi khidmat nasihat teknikal yang spesifik mengikut skop masing-masing, bagi memenuhi skop kategori Perkhidmatan Sokongan Hospital yang diberi iaitu Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS), Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Biomedikal (BEMS), Perkhidmatan Pengurusan Sisa Klinikal (CWMS), Perkhidmatan Pengurusan Pendobian dan Linen (LLS) serta Perkhidmatan Pencucian (CLS).
Selain daripada itu khidmat nasihat dalam projek-projek pembangunan juga turut diberikan bagi memastikan setiap aspek teknikal adalah berpandukan kepada pematuhan terhadap arahan kerja serta prosedur yang betul.
Visi
Unit Kejuruteraan akan menjadi sebuah unit yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan pelbagai bidang yang menjurus kepada menjadikan institusi perubatan sebuah institusi yang cekap dan efision dalam persekitaran yang kondusif dan selamat serta moden.
Misi
Sentiasa berusaha untuk memastikan penswastaan khidmat sokongan hospital yang diberi oleh syarikat konsesi memberi manfaat yang sepenuhnya kepada institusi kesihatan khususnya dan dapat membantu menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang bermutu tinggi kepada pelanggan amnya.
Objektif
Memantau perlaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (PSH) bagi perkhidmatan pendobian, pencucian, pengurusan sisa-sisa klinikal, kejuruteraan fasiliti, dan kejuruteraan biomedikal agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi.
Untuk melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipenuhi.
Memastikan Khidmat Sokongan Hospital yang diberikan adalah cekap dan selamat.
Perkhidmatan
Bertanggungjawab untuk memantau perlaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (PSH) bagi perkhidmatan pendobian (LLS), pencucian (CLS), pengurusan sisa-sisa klinikal (HWMS), kejuruteraan fasiliti (FEMS) dan kejuruteraan biomedikal (BEMS) agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi.
MAKLUMAT PERKHIDMATAN YANG DISWASTAKAN
Healthcare Waste Management Services (HWMS)
Pengasingan secara menyeluruh sisa klinikal termasuk penkelasan dan penjadualan pengumpulan dan pelupusan diserahkan kepada incinerator yang berlesen dan menggunakan jentera yang sesuai.
Semua peralatan dan barangan digunakan berdasarkan keperluan dan piawai yang telah ditetapkan.
Semua prosidur bersangkut paut dengan perkhidmatan mesti mematuhi keperluan pengawalan DOE.
Linen and Laundry Servies (LLS)
Barangan dan bahan linen diselaraskan piawaiannya bagi seluruh Negara dan memastikan bekalan linen mencukupi.
Kualiti pendobian hendaklah berdasarkan piawaian yang diluluskan dan diperakui di peringkat antarabangsa.
Proses pengumpulan dan pengankutan linen yang tercemar dan penghantaran linen yang bersih dilakukan berdasarkan prosedur yang terperinci.
Cleansing Services (CLS)
Proses pembersihan dilakukan oleh petugas yang terlatih meliputi semua kawasan dengan menggunakan peralatan yang sepatutnya dan bahan kimia yang mematuhi ketetapan yang telah ditetapkan.
Barangan dibekalkan di semua kawasan, termasuk kawasan awam dalam kuantiti yang diperlukan.
Perkhidmatan termasuk mengumpul sisa klinikal melalui kaedah yang betul dan menggunakan peralatan yang sewajarnya dan memperuntukan fasiliti untuk dijadikan pusat penyimpanan.
Facility Engineering Maintenance Services (FEMS)
Melaksanakan penyenggaraan yang menyeluruh.
Penyenggaraan pencegahan menurut jadual yang telah ditetapkan.
Masa bertindak dan uptime adalah berdasarkan keperluan.
Melaksanakan program mutu jaminan (QAP) terhadap semua sistem dan peralatan.
Membentuk dan menselenggarakan pustaka bagi menyimpan secara selamat lukisan, manual dan dokumen lain yang berkaitan perkhidmatan.
Mengendali latihan kepada pengguna.
Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS)
Melaksanakan penyenggaraan yang menyeluruh dan pelan penyenggaraan pencegahan menurut jadual yang telah ditetapkan.
Masa bertindak dan uptime adalah berdasarkan keperluan.
Melaksanakan program mutu jaminan (QAP) terhadap semua sistem dan peralatan.
Membentuk dan menselenggarakan pustaka bagi menyimpan secara selamat lukisan, manual dan dokumen lain yang berkaitan perkhidmatan.