BAYI TAHUN BARU 2026 DI HOSPITAL TUANKU JA'AFAR SEREMBAN
Tirai 2026 dibuka dengan satu majlis serba ringkas iaitu Sambutan Bayi Tahun Baru di HTJS. Acara tahunan ini telah dihadiri oleh YB Dato' Hajah Tengku Zamrah binti Tengku Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO.
Dalam majlis ini, YB Dato' Tengku Zamrah juga telah menyerahkan sumbangan hamper kepada ibu-ibu yang melahirkan bayi tahun baru pada hari ini. Hamper-hamper ini disumbangkan oleh Ahli Lembaga Pelawat Hospital.
Sehingga jam 2.00 petang tadi seramai 8 bayi tahun baru telah selamat dilahirkan di HTJS.
#bayi2026




