SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN 2026 PERINGKAT HTJS
12 Mac 2026 - Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2026 telah berlangsung dengan jayanya dengan tema “Memacu Permodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kesihatan.” Tema ini mencerminkan komitmen berterusan warga Penolong Pegawai Perubatan dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan melalui peningkatan kemahiran, profesionalisme serta amalan klinikal yang berkualiti demi kesejahteraan pesakit dan masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dato’ Pengarah Hospital, Timbalan-Timbalan Pengarah, PPP JKN9, tenaga pengajar, para pelajar ILKKM, Kelab Kebajikan Profesyen Pembantu Perubatan (PPP) serta seluruh warga PPP yang telah hadir dan memberikan sokongan padu dalam menjayakan sambutan ini.
Penghargaan khas juga kepada pihak pengurusan hospital atas sokongan, kerjasama dan semangat kebersamaan yang diberikan dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Kolaborasi ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasakan profesion Pen Peg Perubatan serta terus memacu kecemerlangan perkhidmatan kesihatan.
Semoga sambutan ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuh sistem kesihatan negara dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
#10Mac2026
#HariPPP




