Karnival Kesihatan Kanak-Kanak 2026

KARNIVAL KESIHATAN KANAK-KANAK 2026

Pada 8 Ogos 2026, seramai 60 sukarelawan kesihatan dari pelbagai Jabatan telah menjayakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu Karnival Kesihatan Kanak-Kanak yang diadakan di Kampung Tohor, Jelebu yang menempatkan komuniti Orang Asli. Karnival Kesihatan Kanak-Kanak ini dianjurkan oleh Jabatan Pediatrik Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) dengan kerjasama Persatuan Pediatrik HTJS. Karnival Kesihatan Kanak-Kanak juga telah menghimpunkan para Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Jururawat Pediatrik, Pegawai Farmasi, Pegawai Dietetik, Jurupulih Carakerja, Jururawat Pergigian, Pakar Oftalmologi dan Optometris. Kesemua mereka disatukan bagi satu tujuan iaitu untuk mendekatkan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti orang asli yang mungkin agak sukar untuk mengaksesnya perkhidmatan kesihatan. Pihak Jawatankuasa program juga telah mendapat sokongan padu daripada Tok Batin dan pengerusi Kampung Tohor. Pelbagai aktiviti kesihatan dan sesi interaktif telah dilaksanakan semasa karnival ini dan ianya telah berjaya menarik minat para penduduk kampung untuk menyertai setiap aktiviti-aktiviti yang diadakan ini. Selain itu, bagi meningkat kadar kesedaran terhadap kesihatan, pihak urusetia program juga telah mengadakan saringan pemeriksaan kesihatan diri seperti pemeriksaan mata dan gigi secara percuma.

Sebanyak 150 bakul yang mengandungi makanan asas juga telah diserahkan kepada keluarga-keluarga yang tinggal di kampung tersebut. Penganjuran program seperti ini memberi peluang kepada petugas kesihatan bukan sahaja untuk berkhidmat, tetapi juga untuk mendengar, belajar, dan mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai komuniti di luar persekitaran hospital. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dan mengambil bahagian dalam program CSR ini.

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat