Lawatan HRPB dan JKR

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ€πˆπŠ 𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 π’πˆπ’π“π„πŒ πŒπ„πŠπ€ππˆπŠπ€π‹ 𝐃𝐀𝐍 π„π‹π„πŠπ“π‘πˆπŠπ€π‹ πƒπˆ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π“π”π€ππŠπ” 𝐉𝐀’𝐀𝐅𝐀𝐑, π’π„π‘π„πŒππ€π

Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban (HTJS) telah menerima kunjungan delegasi daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bersama Jabatan Kerja Raya Malaysia dalam satu lawatan penanda aras berkaitan pelaksanaan projek naik taraf sistem mekanikal dan elektrikal hospital pada 20 April 2026.Β 

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman, kepakaran teknikal serta amalan terbaik dalam pelaksanaan projek naik taraf fasiliti hospital yang sedang dijalankan secara β€˜live’. Pendekatan ini dilihat sebagai satu inisiatif penting dalam memastikan kesinambungan operasi hospital tanpa menjejaskan perkhidmatan kepada pesakit. Para delegasi telah mengikuti sesi pembentangan pelaksanaan projek, perkongsian pengalaman serta lawatan tapak bagi meninjau pelaksanaan projek secara langsung. Perbincangan turut memberi fokus kepada cabaran pelaksanaan serta strategi mitigasi risiko.

Pihak HTJS menyambut baik kunjungan ini dan berharap agar ia dapat menjadi rujukan berguna kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek naik taraf fasiliti kesihatan. Selain itu, kerjasama strategik antara institusi kesihatan dan agensi teknikal seperti JKR diharapkan dapat terus diperkukuh demi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan negara.

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban,Β Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat