Move to Improve

BENGKEL “MOVE TO IMPROVE – EXERCISE FOR FITTER YOU” HOSPITAL TUANKU JAAFAR SEREMBAN 2026

Pada 3 April 2026 yang lalu, Unit Perubatan Sukan dengan kerjasama Unit Endokrinologi, Jabatan Perubatan HTJS telah berjaya menganjurkan Bengkel “Move to improve- Exercise for fitter you” di Dewan Tiga Nenek HTJS.

Menurut Dr Rozaiman Bin Ebrahim, Ketua Unit Perubatan Sukan HTJS fokus program kali ini adalah kepada ‘lifestyle modification’ dalam perawatan Diabetes Mellitus, Obesiti dan Sindrom Metabolik melalui kaedah senaman dan aktiviti fizikal. Program bengkel ini merangkumi sesi ceramah oleh pakar, penilaian kecergasan fizikal dan latihan praktikal ketahanan kardiovaskular, kekuatan otot, fleksibiliti, keseimbangan serta sesi senaman aerobik yang meriah.

Seramai 45 peserta terdiri daripada warga HTJS dan HTAN telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan jayanya. Rata-rata peserta sangat teruja dengan bengkel ini.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah HTJS, Dato’ Dr Zaleha Binti Md Noor. Turut hadir bersama ialah Dr Dzualkamal Bin Dawam, Timbalan Pengarah Perubatan II, Dr Mohd Ferous Bin Alias, Timbalan Pengarah Perubatan III, Dato’ Dr Noorlita Adam (Pakar Perunding Endokrinologi HTJS) dan Prof Madya Dr Mohd Nahar Azmi (Pensyarah Kanan Perubatan Sukan, Universiti Malaya).

Tahniah kepada pihak penganjur dan para peserta! Semoga usaha ini memberikan manfaat dan inspirasi, menggalakkan gaya hidup aktif serta sihat dalam kalangan masyarakat terutamanya warga kerja HTJS.

#HTJS
#MoveToImprove
#PerubatanSukan
#Diabetesresearchcentre
#GayaHidupSihat

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat