PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK PERDANA HTJS 2026
Alhamdulillah, pada 6 Mac 2026 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Program Memasak Bubur Lambuk Perdana bertempat di Kafe Kompleks Pengurusan HTJS. Program ini merupakan simbolik ukhuwah antara warga kerja hospital dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ Dr. Zaleha binti Md Noor, Pengarah Hospital HTJS dan barisan Timbalan-Timbalan Pengarah diatas sokongan kepada program yang dianjurkan ini. Syabas juga diucapkan kepada semua pihak yang bekerjasama:
- Badan Hal Ehwal Islam (BAHEIS)
- Kelab Sukan dan Rekreasi HTJS
- Kelab Kejururawatan
- Persatuan Penolong Pegawai Perubatan
- Persatuan Kebajikan Pembantu Perawatan Kesihatan
- Rakan strategik: Medivest Sdn Bhd, Active Network Sdn Bhd
- Pak Tam Catering & Shafah Sdn Bhd
Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan-Nya.




