Sambutan Hari Talesemia Negeri Sembilan

SAMBUTAN HARI THALASSAEMIA NEGERI SEMBILAN 2026

Bersempena dengan Sambutan Hari Thalassaemia Sedunia, Sambutan peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung dengan penuh meriah pada 16 Mei 2026 di X-treme Park. Program ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Pediatrik dan Unit Hematologi, Jabatan Perubatan, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dengan sokongan daripada Malaysian Paediatric Association.  

Seramai 130 peserta termasuk 97 pesakit thalassaemia bersama keluarga masing-masing hadir memeriahkan program ini. Buat seketika, anak-anak hebat ini dapat melupakan rutin hospital dan rawatan, lalu menikmati hari yang penuh kegembiraan bersama insan tersayang.  

  • ATV
  • Berkayak
  • Memanah
  • Treasure Hunt
  • Zumba
  • Pelbagai permainan menarik

Segala aktiviti yang dijalankan bukan sahaja menceriakan suasana, malah menghadirkan tawa, semangat dan kenangan indah buat semua yang hadir. Melihat senyuman mereka benar-benar menyentuh hati kami.  

Program turut diserikan dengan sesi perkongsian pengalaman daripada pesakit dan keluarga yang sangat memberi inspirasi. Di sebalik setiap rawatan dan cabaran, terserlah kekuatan luar biasa para pejuang kecil ini dalam meneruskan kehidupan dengan penuh tabah dan berani.

“IRON HEROES”

Anak-anak thalassaemia ini diperkenalkan sebagai simbol keberanian, ketahanan dan semangat juang tinggi. Mereka bukan sekadar pesakit, mereka adalah wira kecil yang menjadi inspirasi kepada kita semua.   

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga anak-anak thalassaemia terus membesar dengan penuh kekuatan, harapan dan senyuman.   

#HariThalassaemiaSedunia
#HTJS
#ThalassaemiaAwareness
#HospitalTuankuJaafarSeremban
#KualitiKepakaranDiyakini

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat