Arkib Berita

Komentar@SPM: Panas Baran

Saksikan kupasan menarik mengenai isu BAHANA PANAS BARAN daripada Pegawai Psikologi Kaunseling, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Puan Noor Suraya Muhamad menerusi slot Komentar @ Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Program akan bersiaran pada esok, Khamis 21 Disember 2023 bermula jam 8.15 pagi.

Bersama kita tonton kupasan isu ini dari perspektif psikologi yang boleh membantu kita memahami sikap panas baran dan kesannya kepada individu serta masyarakat.

Langkah Cegah COVID-19

Musim cuti sekolah sudah kembali. Tentunya ibubapa telah merancang pelbagai aktiviti luar bersama keluarga tersayang.

Namun jangan lupa untuk amalkan langkah pencegahan kesihatan awam bagi melindungi orang yang tersayang daripada risiko jangkitan wabak COVID-19.

Bersama kita banteras jangkitan.

Sumber infografik: Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kesihatan Malaysia (UKK KKM)

Pemakaian Pelitup Muka

Selaras dengan situasi semasa COVID-19 di negara ini, individu yang berada di fasiliti kesihatan dikehendaki untuk memakai pelitup muka bagi mencegah risiko jangkitan virus tersebut.
 
Perhatian dan kerjasama daripada anda amat dihargai. Bersama kita banteras penularan wabak.
 
Sumber infografik: Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kesihatan Malaysia (UKK KKM)

Menteri Kesihatan Baharu

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, atas pelantikan sebagai Menteri Kesihatan.
 
Semoga dengan kepimpinan beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memacu kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk kesejahteraan rakyat.
 
Selamat datang dan selamat bertugas YBMK! 🫡
 
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Kajian Kepuasan Pelanggan

Semua pelanggan hospital dialu-alukan untuk membuat penilaian melalui pautan di bawah.
 
Kerjasama anda amat kami hargai.
 
 
PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat