Julai 2025 merupakan Bulan Kelestarian Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran kakitangan hospital tentang program kelestarian. Bulan Kelestarian ini akan diadakan secara berperingkat di dalam dan di luar hospital. Aktiviti yang akan dilaksanakan adalah Reruai Kelestarian, Pembersihan Pantai di Persisiran Pantai Port Dickson dan Gotong-Royong Perdana serta EKSA.
Bagi minggu pertama Julai, aktiviti reruai kelestarian akan dilaksanakan dengan kerjasama SWM Environment Sdn. Bhd., PETRONAS dan Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd. Aktiviti reruai kelestarian adalah aktiviti pengumpulan barang kitar semula iaitu pengumpulan minyak masak, pakaian dan barang elektonik terpakai (e-waste) yang akan diadakan di Stor 3R HTJS.
Bagi minggu kedua, aktiviti pembersihan persisiran Pantai Port Dickson akan diadakan dengan kerjasama SWM Environment Sdn Bhd di Pantai Saujana, Port Dickson. Manakala, penutup Bulan Kelestarian adalah aktiviti gotong-royong perdana serta EKSA bagi Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.




