Arkib Berita

Usaha Sama HTJS & CRMY

Penutupan Sementara Separa Jalan

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA SEPARA JALAN UTAMA DI HADAPAN SURAU AR-RAYYAN, HTJS

Untuk makluman, pihak kontraktor akan membuat penutupan separa jalan utama di hadapan Surau Ar-Rayyan bagi melaksanakan kerja-kerja pengorekan jalan dan pemasangan lampu jalan seperti ketetapan yang berikut:

FASA 1

27 November 2025 (Khamis)
5:00 petang hingga 10:00 malam

FASA 2

28 November 2025 (Jumaat) 6:00 petang
sehingga 30 November 2025 (Ahad) 11:00 malam

Segala kesulitan amat dikesali

Sumbangan Peralatan Perubatan SSM

SUMBANGAN PERALATAN PERUBATAN DARIPADA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) KEPADA HTJS

Pada 3 November 2025 yang lalu, HTJS dengan sukacitanya telah menerima sumbangan peralatan perubatan menerusi inisiatif Program Kasih SSM – Sumbangan Peralatan Perubatan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sumbangan besar ini disalurkan melalui menerusi Wakalah Zakat Korporat SSM sebagai komitmen berterusan mereka dalam menyokong fasiliti kesihatan awam. Tujuan utama sumbangan ini adalah untuk menyokong rawatan dan pemulihan pesakit di HTJS. Peralatan perubatan moden dan berteknologi ini akan memastikan pasukan perubatan kami dapat memberikan diagnosis yang lebih tepat dan rawatan yang lebih berkesan.

Peralatan ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan hospital, tetapi yang paling penting, ia akan membawa manfaat langsung kepada setiap pesakit yang memerlukan rawatan di sini. Kami yakin inisiatif ini akan melonjakkan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan kami!

Majlis penyerahan peralatan perubatan ini telah disempurnakan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM kepada Dato’ Dr. Zaleha Md Noor, Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar.

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat