Karnival Kesihatan HTJS 2025

KARNIVAL KESIHATAN HTJS 2025

Karnival Kesihatan HTJS 2025 yang diadakan pada 25 Oktober 2025 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Paroi.

Penganjuran buat julung-julung kalinya diadakan ini bertujuan untuk mempromosi perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban di samping mengadakan sambutan hari-hari khas yang jatuh pada bulan Oktober seperti World Stroke Day, World Mental Health Day, Breast Cancer Month(Pink Oktober), World Sight Day dan National Anesthesia Day. Perasmian karnival ini telah disempurnakan oleh YB Dato Hajah Tengku Zamrah binti Tengku Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Intergrasi Nasional dan NGO.

Secara keseluruhannya objektif karnival telah mencapai matlamat dan ini merupakan satu inisiatif murni HTJS untuk turun padang bagi menyantuni masyarakat. Sekalung penghargaan serta ucapan terima kasih buat kakitangan HTJS yang terlibat dan tidak dilupakan juga agensi-agensi kerajaan mahupun swasta yang mengambil bahagian dalam karnival ini.

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat