KEMPEN JOM BACA 10 MINIT
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) menyambut baik Kempen Jom Baca 10 Minit Bersempena Karnival Baca Perdana 2025 anjuran Kementerian Perpaduan Negara di bawah seliaan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Kempen ini merupakan inisiatif untuk menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia serta menyokong aspirasi Malaysia MADANI melalui amalan ilmu dan pembacaan berterusan.
Sepanjang bulan Oktober 2025, warga HTJS telah bersama-sama meluangkan masa selama 10 minit membaca setiap hari Selasa, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh budaya ilmu di tempat kerja. Penyertaan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan mencerminkan semangat positif dalam kalangan warga hospital.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga HTJS yang telah menjayakan kempen ini. Semoga inisiatif sebegini terus menjadi pemangkin kepada budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga kerja dan masyarakat.
#MalaysiaMembaca #KarnivalBacaPerdana2025




