Arkib Berita

Karnival Kesihatan HTJS 2025

🩺 Karnival Kesihatan HTJS 2025

Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta swasta akan menganjurkan Karnival Kesihatan 2025 pada:

📅 25 Oktober 2025 (Sabtu)
🕢 7.30 pagi hingga 5.00 petang
📍 Kompleks Belia dan Sukan Paroi (KOMBES)

Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung sepanjang karnival ini, antaranya:

  • Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
  • Pertandingan Memasak Menu Sihat
  • Pertandingan Aerodance
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • MASS BLS
  • Saringan Kesihatan Mental, Kecergasan dan Wanita
  • Pemeriksaan Gigi dan Saringan Kanser
  • Pameran Jabatan HTJS dan agensi kerajaan/swasta

Acara turut diserikan dengan:

🏃‍♀️ Fun Run (6.30 pagi)
🩸 Program Derma Darah (9.30 pagi – 3.00 petang)
💬 Forum Kesihatan (9.30 pagi)

Penyertaan murid/pelajar juga akan menerima markah PAJSK.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan karnival sambil mendapatkan maklumat dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Mari bersama-sama menjayakan usaha Hospital Tuanku Ja’afar ke arah gaya hidup sihat dan masyarakat sejahtera.

Latih Amal Ex-Perpatih 2025

Kesiapsiagaan Adalah Keutamaan!

Sukacita dimaklumkan bahawa Hospital Tuanku Ja'afar Seremban akan menganjurkan Latih Amal EX PERPATIH: Latihan Pengurusan Krisis pada 5 Oktober 2025 (Ahad) di sekitar Bangunan Utama, Wad Kanak-kanak dan Wanita, Pusat Rawatan Harian dan Psikiatri.

Latihan ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi keselamatan, kesihatan, dan pengurusan bencana. 

Kita simulasi, kita belajar, kita bersedia. Latihan ini penting bagi menguji dan memperkemas prosedur tindak balas kecemasan.

#PengurusanBencanaDanKrisis
#HospitalTuankuJaafarSeremban 
#KualitiKepakaranDiyakini

Hari Keselamatan Pesakit Pesakit Sedunia

Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia peringkat Hospital Tuanku Ja’afar Seremban tahun 2025 telah diadakan pada 24 September 2025 (Rabu) bertempat di Auditorium Gemilang, HTJS.

Tema pada tahun ini adalah Safety For Every Newborn And Every Child dengan slogan Safety From The Start.

Sambutan ini diadakan bagi menunjukkan solidariti terhadap kepentingan keselamatan pesakit yang menjadi keutamaan petugas kesihatan. Diharap peserta-peserta program dapat manfaat dan seterusnya meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kepada pesakit.

#WorldPatientSafetyDay2025
#HTJS

Penderma Darah AB Positif, di Manakah Anda?

Setakat 22 September 2025, bekalan darah di Negeri Sembilan semakin menyusut.

Luluh hati kami apabila kempen derma darah pada hujung minggu lalu tidak mencapai sasaran. Jika keadaan ini berterusan, kami khuatir stok darah tidak mampu menampung keperluan pesakit.

Kepada penderma darah AB Positif, janganlah merajuk lama-lama. Sebelum ini kami minta anda menangguhkan pendermaan bagi mengelakkan pembaziran kerana bekalan darah AB Positif berada di tahap yang amat baik.

Namun kini, SEMUA kumpulan darah termasuk AB Positif semakin berkurangan. Cuti sekolah pun sudah berakhir, maka inilah masanya untuk anda kembali menyumbang.
 
Sahutlah seruan kami.

Dermalah darah sepanjang minggu ini.

#JomDermaDarah

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat