NYALAAN JINGGA DI BANGUNAN HTJS MENGHIASI SAMBUTAN "WORLD PATIENT SAFETY DAY"
Nyalaan Jingga bersempena World Patient Safety Day di HTJS. Sambutan tahun ini membawa tema “Safe Care for Every Newborn and Every Child” dengan slogan “Patient Safety from the Start”.
Tema ini amat bermakna, kerana ia menekankan bahawa keselamatan pesakit bermula sejak detik pertama seorang bayi dilahirkan.
Marilah kita jadikan sambutan ini sebagai titik tolak untuk memperkukuhkan lagi budaya keselamatan pesakit dalam organisasi kita.
Ingatlah, apabila kita menjaga keselamatan seorang bayi hari ini, kita sebenarnya sedang menjaga masa depan seorang insan, dan
seterusnya masa depan sebuah negara.
Seperti yang ditekankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), “No one should be harmed in healthcare”.




