MENU RAHMAH DILANCAR DI KAFE HTJS
Pada 9 September 2025 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Menu Rahmah. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Menu Rahmah@Hospital ini merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk meringankan beban semua golongan khususnya para pelanggan hospital dengan harga makanan serendah RM5.00.
Hospital Tuanku Ja'afar Seremban adalah lokasi kedua bagi perlaksanaan inisiatif Menu Rahmah selepas Hospital Tuanku Fauziah, Perlis. Dengan pelancaran Menu Rahmah@Hospital ini menunjukkan bahawa kerajaan ingin memastikan tiada sesiapa yang terpinggir daripada menikmati makanan berkhasiat, seimbang dan berpatutan selaras dengan matlamat membina sebuah negara yang sejahtera, inklusif dan penuh kasih sayang.
#menurahmahhtjs




