Arkib Berita

Karnival Kesihatan - Fun Run 2025

   🏃‍♂ KARNIVAL KESIHATAN - FUN RUN 2025 🏃‍♀

Dianjurkan oleh HOSPITAL TUANKU JAAFAR SEREMBAN anjuran bersama 
Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal
Jabatan Pembedahan Am
Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental
Jabatan Perubatan Rehabilitasi

Sempena karnival kesihatan peringkat HTJS kepada anda semua acara yang penuh semangat dan keseronokan!

FUN RUN 2025 – acara larian santai yang bukan sahaja menyeronokkan, malah penuh dengan manfaat untuk kesihatan dan kebersamaan!

📅 Tarikh: 25 OKTOBER 2025
⏰ Masa: 6.30 Pagi – 11.00 Pagi
📍 Lokasi: KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI

PAKEJ PENYERTAAN MENARIK:
✅ Yuran + T-Shirt + Medal 🏅 + Goodies + E-Certificate = RM50 sahaja

🎁 ADA 20 HADIAH  MISTERI MENARIK!
Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah MISTERI yang disediakan!! 🤩

📞 Daftar Sekarang! 
https://forms.gle/iEJV1i9SYss8Byfx5

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

AZMI : 019 2925835
CHE WAN : 019 6749900
DR SYAZWANI : 019 2732361

Perpindahan Semula Jabatan Kecemasan

PEMAKLUMAN PERPINDAHAN SEMULA JABATAN KECEMASAN & TRAUMA DI BANGUNAN UTAMA, HOSPITAL TUANKU JA’AFAR SEREMBAN SERTA PENUTUPAN JABATAN KECEMASAN & TRAUMA DI ACC

Dimaklumkan bahawa Jabatan Kecemasan dan Trauma akan berpindah dan memulakan operasi semula di Bangunan Utama, HTJS bermula 8.00 pagi 17 Julai 2025 (Khamis). Perkhidmatan rawatan di Pusat Rawatan Harian (ACC) akan berpindah sepenuhnya di lokasi asal sebaik sahaja pesakit terakhir masuk ke wad.

Pihak hospital mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas segala perhatian dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh perpindahan ini.

#HospitalTuankuJaafar
#KualitiKepakaranDiyakini
#MADANIBekerja 

9th N9 Research Day

9th Negeri Sembilan Research Day

Tarikh : 9 Oktober 2025 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan

Bulan Kelestarian HTJS

Julai 2025 merupakan Bulan Kelestarian Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran kakitangan hospital tentang program kelestarian. Bulan Kelestarian ini akan diadakan secara berperingkat di dalam dan di luar hospital. Aktiviti yang akan dilaksanakan adalah Reruai Kelestarian, Pembersihan Pantai di Persisiran Pantai Port Dickson dan Gotong-Royong Perdana serta EKSA.

Bagi minggu pertama Julai, aktiviti reruai kelestarian akan dilaksanakan dengan kerjasama SWM Environment Sdn. Bhd., PETRONAS dan Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd. Aktiviti reruai kelestarian adalah aktiviti pengumpulan barang kitar semula iaitu pengumpulan minyak masak, pakaian dan barang elektonik terpakai (e-waste) yang akan diadakan di Stor 3R HTJS.

Bagi minggu kedua, aktiviti pembersihan persisiran Pantai Port Dickson akan diadakan dengan kerjasama SWM Environment Sdn Bhd di Pantai Saujana, Port Dickson. Manakala, penutup Bulan Kelestarian adalah aktiviti gotong-royong perdana serta EKSA bagi Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat