PEMAKLUMAN PERPINDAHAN SEMULA JABATAN KECEMASAN & TRAUMA DI BANGUNAN UTAMA, HOSPITAL TUANKU JA’AFAR SEREMBAN SERTA PENUTUPAN JABATAN KECEMASAN & TRAUMA DI ACC
Dimaklumkan bahawa Jabatan Kecemasan dan Trauma akan berpindah dan memulakan operasi semula di Bangunan Utama, HTJS bermula 8.00 pagi 17 Julai 2025 (Khamis). Perkhidmatan rawatan di Pusat Rawatan Harian (ACC) akan berpindah sepenuhnya di lokasi asal sebaik sahaja pesakit terakhir masuk ke wad.
Pihak hospital mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas segala perhatian dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh perpindahan ini.
#HospitalTuankuJaafar
#KualitiKepakaranDiyakini
#MADANIBekerja




