HARI BERSAMA PELANGGAN JABATAN FORENSIK HOSPITAL TUANKU JA’AFAR SEREMBAN
Julung kalinya Jabatan Forensik HTJS mengadakan Hari Bersama Pelanggan pada 28 Februari 2025 bagi memberi informasi berkaitan perkhidmatan jabatan tersebut kepada orang awam dan kakitangan hospital.
Pameran berlangsung di Lobi Klinik Pakar HTJS menarik perhatian orang ramai kerana mereka berpeluang mendapatkan maklumat tentang fungsi jabatan tersebut melalui koleksi gambar serta video bagi kes-kes yang dirujuk di sini.
Pengunjung juga dapat melihat sendiri peralatan yang digunakan semasa proses bedah siasat dijalankan selain berpeluang bersoal jawab dengan pegawai dari jabatan mengenai pengalaman mereka sepanjang bertugas.
Semoga program seperti ini memberi manfaat dan pengalaman menarik kepada semua.




